Klik Pada Tajuk Untuk Baca Artikel Penuh

Tuesday 18 November 2014

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia dan cabarannya dalam menempuh perkahwinan bersama Khairul Amir. “Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia. “Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar.

Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka.

Setitis Kasih Darmia Episod 11

Posted at 19:43 |  by Unknown

0 comments:

Selepas melakukan penjelajahan selama dua hari di sekitar Taman Negara di Kuala Tahan, dekat sini, BH menemui lokasi berkemungkinan besar penemuan fosil gigi dinosaur daripada keluarga Ornithischia oleh sekumpulan ahli palaentologi pada Disember tahun lalu.

Lokasinya adalah di sepanjang jalan berturap dan tanah merah dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi, yang terletak di Hutan Simpan Tembeling Tekal, iaitu di seberang Taman Negara.

Lokasi fosil dinosaur mungkin ditemui

Posted at 02:20 |  by Unknown

0 comments:

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) beranggapan Ahmad Shapawi sebagai calon terbaik mengisi jawatan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN).

Setiausaha Agungnya, Datuk Sieh Kok Chi menyuarakan jika Pesuruhjaya Sukan itu dipilih ia satu keputusan tepat kerana calon ini memiliki pengalaman.

Tambahan, dia sudah tahu tahu peranan dan tanggungjawab MSN sebagai bekas pegawai kanan di sana.

Kok Chi - antara mereka yang bersuara lantang sebelum ini selepas Kementerian Belia dan Sukan membuka jawatan itu kepada bukan warga negara - bagaimana pun berkata dia tiada kuasa untuk memilih.

Kok Chi label Shapawi calon terbaik

Posted at 02:10 |  by Unknown

0 comments:

SINOPSIS DRAMA ZAHIRA

Sebuah drama bersiri yang menyingkap perjalanan hidup seorang gadis bernama Zahira yang tersungkur akibat cinta melulu kepada kekasihnya Sufian. Akhirnya dia bangkit dengan semangat baru untuk membantu ibu angkatnya, Mak Ani membayar hutang lama keluarga. Meskipun terpaksa menjadi 'nanny' dan melupkan segala ijazah yang dimiliki namun dia jujur dalam menjalankan kerjanya.

Zahira Episod 1

Posted at 01:59 |  by Unknown

0 comments:

Monday 17 November 2014

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa bimbang terhadap kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya.

Selepas melihat kekalahan berterusan dalam beberapa siri persahabatan antarabangsa Tengku Abdullah bertitah baginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bimbingan Dollah Salleh yang hanya mempunyai masa seminggu sahaja sebelum aksi Piala AFF Suzuki 2014 bermula di Singapura.
"Saya bimbang melihat prestasi skuad negara. Saya berharap mereka (skuad Harimau Malaya) akan bangkit pada Piala AFF.

"Hanya pemain dan jurulatih sahaja yang boleh menentukan kejayaan pasukan.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Hakikatnya saya mahu mereka bangkit dan menang," titah baginda pada sidang media sempena majlis penyampaian cek daripada Bank Islam Berhad (Bank Islam) kepada FAM di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi merosot apabila kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF.
  - BERNAMA

Tengku Abdullah bimbang prestasi Harimau Malaya

Posted at 08:08 |  by Unknown

0 comments:

Malaysia mengutuk perbuatan kejam terhadap seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat, Peter Kassig dan anggota tentera Syria, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, dalam catatan Twitter, menyatakan tindakan kejam itu bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam.

"Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap Kassig dan anggota tentera Syria. Perbuatan kejam ini mencabuli ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam," katanya.

Semalam, kumpulan militan IS menyiarkan rakaman video menunjukkan mereka memenggal kepal Kassig iaitu renjer Tentera Amerika Syarikat yang kemudian menjadi pekerja bantuan yang ditawan semasa menghantar bantuan bekalan di Syria tahun lepas.

Video itu juga menunjukkan sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria dipenggal secara serentak.

- BERNAMA

Malaysia kutuk kekejaman IS

Posted at 08:06 |  by Unknown

0 comments:

Seramai 20 penduduk termasuk seorang warga emas dari lima keluarga di Kampung Binjai, Chendering di sini berpindah lewat hari ini selepas kediaman mereka mula ditenggelami air.
Mereka berpindah ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira jam 4 petang.

Seorang penduduk, Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira 5 pagi tadi.

"Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi.

"Bimbang paras air meningkat naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi," katanya ketika ditemui pemberita.

Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kampung dinaiki air.
Bagaimanapun setakat ini tiada jalan ditutup.
- BERNAMA

20 penduduk di Chendering, KT berpindah

Posted at 08:04 |  by Unknown

0 comments:

Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan 11 serangan udara ke atas militan IS di Syria dan 20 di Iraq sejak Jumaat lalu, menurut CENTCOM.

Sembilan serangan di Syria dilancarkan berhampiran bandar sempadan Turki, Kobani.

Serangan yang diketuai AS itu tertumpu kepada bahagian barat dan utara negara itu. - Reuters

AS tingkat serangan udara terhadap IS

Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan 11 serangan udara ke atas militan IS di Syria dan 20 di Iraq sejak Jumaat lalu, menurut CENTCOM.

Sembilan serangan di Syria dilancarkan berhampiran bandar sempadan Turki, Kobani.

Serangan yang diketuai AS itu tertumpu kepada bahagian barat dan utara negara itu. - Reuters

Posted at 08:03 |  by Unknown

0 comments:

Sunday 16 November 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 1

Maharaja Lawak Mega 2014 sudah pun bermula. Mari kita saksikan persembahan mereka untuk minggu yang pertama ini.

Virus

SYJ

Shiro

Kepoh

Bocey

Sepahtu

Ekzos

Sayot

Samurai

Jalor

Nabil

Zero

Posted at 09:04 |  by Unknown

0 comments:

Thursday 13 November 2014

Anggap PTPTN seperti institusi kewangan lain
KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahukan rakyat melihatnya sama seperti institusi kewangan yang lain, melalui penyenaraian peminjam yang gagal membayar balik pinjaman ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) mulai 1 Januari 2015.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN, Mastura Mohd Khalid berkata, PTPTN berfungsi sebagai institusi yang memberi dan mengurus pinjaman kepada 2.1 juta peminjam.

"PTPTN ini bukan sahaja memberikan pinjaman, tetapi PTPTN juga perlu menguruskan pinjaman yang telah diberi dan perlu membuat kutipan balik pinjaman yang telah diberi.

Ini kerana PTPTN berfungsi sebagai institusi yang memberi pinjam kepada pendidikan tinggi. Jadi bayaran peminjaman ini kami perlukan untuk membolehkan kami memberi pula (pinjaman) kepada yang memerlukan," katanya selepas menjadi tetamu jemputan bagi program 'Dalam Radar' Radio24 Bernama, di sini, hari ini.

Pada 5 November lepas, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 558,475 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS dengan kerjasama Bank Negara.  

CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang dilaporkan oleh institusi kewangan.

Mastura berkata, pada peringkat permulaan, penyenaraian itu hanya melibatkan 173,985 peminjam tegar yang tidak pernah membuat bayaran balik walaupun satu sen melebihi tiga tahun daripada tarikh pembayaran sepatutnya dibuat.

Katanya lagi, penyenaraian dalam CCRIS ini dilaksanakan selepas pelbagai langkah 'mesra pelanggan' yang diambil sebelum ini tidak berhasil dalam mengutip balik pinjaman berkenaan.

"Sebelum ini kami (PTPTN) mengambil langkah mesra pelanggan seperti menghantar notis, peringatan, membuat kempen-kempen, bekerjasama dengan AKPK (Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit) dan memberi taklimat.

"Kami juga melaksanakan langkah yang agak keras sikit dengan menyenaraihitamkan mereka dengan Jabatan Imigresen dan saman. Tetapi nampaknya tindakan tindakan ini tidak memberikan kesan kepada segolongan," katanya. - Bernama

Posted at 20:45 |  by Unknown

0 comments:

Lawyers for Islam kaji keputusan mahkamah
  •  Moeis (duduk, tiga, kiri), Presiden PGSM, Musa Awang (duduk, tengah) dan sebahagian ahli kumpulan Lawyers for Islam menunjukkan sokongan terhadap penubuhan itu, semalam.
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menubuhkan kumpulan Lawyers for Islam bagi membantu kerajaan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) dan institusi-institusi berkaitan Islam dalam mengkaji apa-apa keputusan mahkamah, termasuk menawarkan bantuan membentangkan aspek-aspek perundangan berkaitan dalam prosiding mahkamah.

Setiausaha PGSM, Moeis Basri berkata, penubuhan itu turut mengambil kira isu transgender di mana keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah tidak sah di sisi Perlembagaan kerana ia mendiskriminasikan lelaki Islam yang menghidap masalah identiti gender dari segi perubatan.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan mahkamah, tetapi berpendapat keputusan itu perlu dirayu dan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan untuk diberi pertimbangan semula dari segala aspek undang-undang yang sah dan terpakai di Malaysia.

"Kumpulan Lawyers for Islam akan mengadakan perjumpaan dengan responden kes itu bagi membantu dan meminta mereka segera memohon kebenaran untuk failkan rayuan mengikut tatacara mahkamah yang sepatutnya.

"Kita akan memohon kerjasama majlis agama Islam negeri lain untuk memfailkan permohonan mencelah dalam rayuan itu dan bekerjasama dengan pihak berkenaan dalam rayuan dibuat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan kes itu dirayu agar isu itu diberi satu keputusan muktamad oleh mahkamah tertinggi negara, iaitu Mahkamah Persekutuan.

Berhubung ahli kumpulan itu, Moeis berkata, setakat ini, pihaknya mendapat 30 penyertaan dan mengalu-alukan lebih ramai peguam menyertainya bagi menyumbang tenaga serta kemahiran mereka.

Katanya, ahli kumpulan itu dianggotai peguam bela dan peguam cara yang beramal di mahkamah sivil, peguam syarie yang beramal di mahkamah syariah serta peguam dari badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, kumpulan itu juga akan bertindak sebagai 'rapid respons team' (RRT) yang akan memberi maklum balas mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan perundangan Islam.

"Kita akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan, majlis agama Islam negeri lain dan institusi Islam bagi memperkenalkan kumpulan Lawyers for Islam serta menawarkan bantuan," katanya.

Posted at 20:30 |  by Unknown

0 comments:

Baby Ana Milik Siapa Episod 2

Sinopsis drama ini akan diupdate dari masa ke semasa.

mengisahkan kisah persahabatan 5 sekawan yang terdiri dari Raihana (Cristina Suzzane), Reza (Hairul Azreen), Edry (Hafidz Roshdi), Salina / Sally (Zika Ziandra) dan Qaisara / Sarah (Ardell Ayana). Raihana seorang gadis tomboy, berperwatakan kasar. Salina dan Qaisara merupakan sahabat rapat Raihana. Edry menaruh hati pada Raihana semenjak dari sekolah menengah.

Reza menjadikan kerjaya jurugambar sebagai pekerjaannya. Dia masih menyimpan gambar-gambar lama ketika mana dia bersekolah menengah. Gambar Raihana mencuri tumpuannya. Siapa sangka dirinya yang selalu bergaduh dengan gadis tomboy itu, dalam diam mencintai Raihana.

Qaisara merupakan adik angkat Reza. Qaisara di ambil oleh ibunya melalui rumah anak yatim. Cara ibu angkatnya iaitu Datin Maimon (Tania Zainal) mendidiknya begitu tegas sekali. Sekaligus menyebabkan Qaisara merasa terasing di rumah itu. Pada awalnya seorang gadis yang sopan, berhijab, namun lama-kelamaan dia menanggalkan hijabnya. Hubungan Qaisara dengan ibunya begitu tegang.

Salina yang mempunyai hati terhadap Reza bercita-cita ingin mengahwini Reza. Malah Datin Maimon telah mengatur pertunangannya dengan Reza. Salina begitu gembira sekali. Namun, di sebalik kegembiraan itu ada insan yang berasa tertekan. Reza tidak mencintai Salina. Malah dia enggan untuk bertunang dengan Salina seperti mana kehendak ibunya. Reza mempunyai wanita pilihannya sendiri, iaitu Raihana.

Kepulangan Raihana dari Amerika Syarikat membawa seorang anak kecil berusia 3 tahun menimbulkan tanda tanya. Milik siapakah bayi itu? Adakah bayi Raihana? Siapakah bapa kepada bayi tersebut?

Posted at 20:17 |  by Unknown

0 comments:

Wednesday 12 November 2014

Badminton tetap sandaran utama negara di Olimpik
BADMINTON tetap menjadi sandaran utama meraih pingat emas pertama negara walaupun tanpa Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Katanya mereka telah mengenal pasti prospek pingat emas dalam badminton menerusi acara beregu lelaki dan wanita dan masih ada tempoh masa dua tahun untuk mempersiapkan gandingan negara.

"Sebagai langkah awal, kita betul-betul nak kenal pasti gandingan beregu yang serasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi penceramah tamu pada Siri Kepimpinan anjuran Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata, sudah tiba masa untuk negara tidak lagi meletakkan sandaran kepada Chong Wei semata-mata tetapi sebaliknya sukan-sukan lain dikenal pasti sebagai prospek emas di Sukan Olimpik.

"Kita harap Chong Wei masih bersama kita (mewakili negara di Sukan Olimpik). Dia menjadi sandaran kita di Sukan Olimpik London (2012) dan Beijing (2008). Namun kita tidak boleh terus bergantung kepada Chong Wei," katanya.

Chong Wei, pemain nombor satu dunia, kini digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati positif menggunakan bahan terlarang 'dexamenthasone' ketika beraksi pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Mengenai dakwaan bekas pemain Razik Sidek bahawa Chong Wei telah lama menggunakan dadah seperti yang dijumpai dalam ujian doping di Copenhagen, Khairy berkata dakwaan itu adalah tidak bertanggungjawab.

"Dia (Razif) membuat dakwaan yang serius. Dia perlu tampil dan menunjukkan bukti...dia tidak boleh hanya membuat dakwaan seperti itu," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya kini sedang mengumpul segala maklumat berkaitan kes rayuan Chong Wei.

"Maklumat sedang dikumpul dan yang pastinya, segala maklumat perlu lengkap.

Selain daripada itu saya tidak boleh komen," katanya ketika ditemui pemberita pada Forum Pengukuhan Tadbir Urus Baik Sukan di Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil.

Dr Ramlan berharap isu yang melibatkan Chong Wei ini menjadi panduan kepada atlet-atlet lain. - Bernama

Posted at 18:40 |  by Unknown

0 comments:

Tafsiran liberal buka jalan kahwin sejenis
  • Tafsiran liberal buka jalan kahwin sejenis
1 / 1
KUALA LUMPUR - Alasan penghakiman Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan amat luas impikasinya termasuk membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Tun Abdul Hamid berkata, alasan-alasan yang diberikan mahkamah itu juga menyebabkan hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah.

"Alasan penghakiman tersebut memberi implikasi apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah di negara-negara sekular.

"Apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala-Barat dan apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia tidak munasabah kepada seseorang Hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi e-mel yang dihantar kepada Bernama bagi memberi pandangan berhubung keputusan panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus yang sebulat suara membenarkan rayuan dikemukakan tiga jurumekap pengantin, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani, 28, dan Wan Fairol Wan Ismail,30, untuk mengisytiharkan Seksyen 66 adalah tidak sah di sisi perlembagaan dan undang-undang.

"Apa yang merisaukan saya ialah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Mereka mengabaikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kesalahan terhadap suruhan agama Islam.

"Bagi saya, jika mereka menerima bahawa kesalahan itu adalah kesalahan terhadap suruhan agama Islam (sebenarnya mereka terima kedudukan itu), maka sepatutnya mereka mengesahkan bahawa peruntukan itu sah di sisi Perlembagaan. Ini kerana Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-undang itu," katanya.

Tambah beliau, sebaliknya hakim tersebut merujuk kepada peruntukan-peruntukan lain seperti penghakiman Mahkamah Agung Amerika Syarikat dan India sedangkan perlembagaan negara tersebut tidak sama seperti Malaysia.

"Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita. Nilai-nilai mereka tidak sama dengan nilai kita. Hakim-hakim itu juga nampaknya sangat terpengaruh dengan tafsiran hak asasi manusia ala-Barat. Akibatnya, mereka memberi tafsiran yang sangat liberal mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan," katanya.

Abdul Hamid berkata, berdasarkan alasan penghakiman yang sama, undang-undang yang membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin lebih daripada satu;
undang-undang yang menjadikan kesalahan jika seorang Islam tidak membayar zakat; kesalahan meminum minuman yang memabukkan; kesalahan zina dan liwat dan lain-lain juga, boleh diisytiharkan tidak sah.

"Malah penghakiman ini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis. Nampaknya apa yang saya khuatir akan berlaku telah mula berlaku," kata beliau.

Abdul Hamid berkata, setelah membaca penghakiman ringkas dalam kes tersebut beliau mendapati bahawa peruntukan Seksyen 66 itu tidak sah bukan kerana ia 'undang-undang jenayah' yang terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan tetapi kerana ia melanggar Perkara 5(1)(kebebasan diri), 8(1) (kesamarataan), 8(2) (diskriminasi), 9(2) (kebebasan bergerak) dan 10(1)(a) (kebebasan bercakap dan bersuara).

Seksyen 66 enakmen itu memperuntukkan bahawa adalah suatu kesalahan apabila lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di tempat awam dan jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara, tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama

Posted at 18:35 |  by Unknown

0 comments:

Setitis Kasih Darmia Episod 10

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia dan cabarannya dalam menempuh perkahwinan bersama Khairul Amir. “Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia. “Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar.

Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka.

Setitis Kasih Darmia Episod 10

Setitis Kasih Darmia Episod 10

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia dan cabarannya dalam menempuh perkahwinan bersama Khairul Amir. “Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia. “Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar.

Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka.

Posted at 18:19 |  by Unknown

0 comments:

Suamiku Encik Sotong Episod 3

Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya. Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding.

Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong.

Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja.

Posted at 01:39 |  by Unknown

0 comments:

Tuesday 11 November 2014

10 makanan termahal di dunia
  • Trufel Putih (trifola d’Alba) Trufel Putih (trifola d’Alba)
1 / 3
SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)

Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
  
2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)

Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.

3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)

Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.

4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)

Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.

5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.

6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.

7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)

Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.

8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)

Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.

9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)

Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.

10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)

Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.

SUMBER: www.therichest.com

Posted at 23:30 |  by Unknown

0 comments:

Nombor plat, menteri timbalan kena jadi contoh
  • Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng (tengah) menunjukkan gambar menunjukkan nombor plat kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lobi bangunan Parlimen, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN. Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng (tengah) menunjukkan gambar menunjukkan nombor plat kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri tidak mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lobi bangunan Parlimen, di ibu negara, hari ini. - Foto Sinar Harian Online oleh NIZAM ZAIN.
1 / 1
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen pembangkang menggesa menteri dan timbalan menteri supaya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan memastikan nombor plat kenderaan rasmi mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menegaskan, pemimpin negara tidak sepatutnya mengamalkan sikap ‘double standard’ dengan mengenakan tindakan tegas terhadap rakyat sedangkan mereka sendiri didakwa ingkar kepada garis panduan nombor plat kenderaan JPJ itu.
"JPJ kata mesti mengikut Font, saiz, jarak dan tidak boleh mengelirukan, malah kelmarin saya baca dalam surat khabar mereka melonggarkan syarat-syarat, tapi nombor plat itu tidak boleh mengelirukan.

"Tapi Isnin lalu saya dapati dua kenderaan milik seorang menteri dan timbalan menteri menggunakan nombor plat mengelirukan iaitu 505 dilihat seperti SOS.

"Font dan jaraknya terlalu rapat juga tidak ikut spesifikasi JPJ, perkara ini dilakukan menteri di Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Bermula 1 November lalu, JPJ memulakan tindakan keras di seluruh negara terhadap pengguna jalan raya yang melanggar peraturan dan spesifikasi nombor plat dan lampu HID ‘head lamp’ yang tidak mematuhi standard.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kira-kira 1,500 anggota akan terlibat dalam operasi itu yang akan dilaksanakan bersama-sama dengan anggota polis trafik dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Posted at 23:18 |  by Unknown

0 comments:

Setitis Kasih Darmia Episod 9

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Setitis Kasih Darmia mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia dan cabarannya dalam menempuh perkahwinan bersama Khairul Amir. “Mulai hari ini, esok dan selamanya kau adalah isteri untukku bukan lagi hamba atau pembantu rumah. Kau adalah suri hatiku. Untuk selamanya. Aku janji akan bahagiakan kau.” Makin deras air mata di pipi Darmia. “Aku tak nak!” Darmia tolak kuat tubuh Khairul Amir apabila terasa pelukan itu kian longgar.

Terundur sedikit lelaki itu. Terus Darmia berlari ke kamar. Di sembam mukanya ke bantal. Menangis semahunya di situ. Khairul Amir hanya memandang. Tangisan yang menjadi irama dalam bilik sepi itu mengundang rasa sedih di hati Khairul Amir. Air matanya turut laju menuruni pipi. Sungguh dia juga sama terluka dalam cinta yang rumit ini. Jika diam itu boleh selesaikan masalah, maka Darmia rela tunduk membisu menerima makian dan hinaan dari keluarganya sendiri tanpa dia tahu di mana kesilapannya.

Namun kemunculan Khairul Amir, lelaki misteri yang pernah melafazkan ijab kabul padanya 4 tahun yang lalu sebagai majikannya merangkap kekasih Haliza mengharu-birukan keadaan. Lelaki itu muncul bersama dendamnya yang tidak pernah padam. Rahsia yang di simpan tidak boleh di bongkarkan. Buatlah apa saja, Darmia rela asalkan hati Haliza tidak di sakiti dan tidak tahu rahsia mereka. Percaturan tuhan siapa yang tahu

Posted at 23:10 |  by Unknown

0 comments:

Monday 10 November 2014

Biawak Menari Tango

Saksikan video penuh sepasang biawak yang manari di tepi sungai pasti akan membuatkan anda tersenyum lebar.

video:ihsan group watsap

Posted at 19:37 |  by Unknown

0 comments:

Isu doping: Bukan masa tuding jari, cari salah

  • Lee Chong Wei
    Lee Chong Wei
1 / 1
MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menuding jari terhadap mana-mana pihakdalam isu doping melibatkan ikon sukan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Sebaliknya, beliau berkata semua pihak yang terlibat memberi kerjasama dalam mengumpul maklumat bagi pembelaan jaguh badminton negara itu di hadapanJawatankuasa Panel Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas ini.

"Saya tidak tahu nak kata kelalaian siapa sebab sekarang, saya bukan dalam kaedah mencari kesilapan. Saya sebagai menteri dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia), kami sedang menyediakan kes terbaik untuk atlet berkenaan.

"Selepas selesai proses panel pendengaran, baru kita tengok sekiranya ada kelalaian, kelemahan dan kepincangan. Sekarang bukan masanya menyalahkan sesiapa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perjanjian persefahaman antara Kementerian Belia dan Sukan dengan industri-industri di sini semalam.

Perjanjian yang membolehkan pelatih Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) menjalani latihan berdasarkan bidang pengajian mereka itu, melibatkan syarikat AEON Co (M) Berhad, Samsung SDI Energy, Tune Hotel dan Tan Chong Group.

Sehingga kini, BWF belum mengumumkan nama pemain badminton negara yang didapati positif dalam sampel B ujian doping pada Jumaat lepas kerana menggunakan bahan terlarang jenis 'dexamethasone'.

Namun semalam, Chong Wei menerusi laman sosial Facebook miliknya berkata, bahawa beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sebagai jalan pintas untuk mencapai pelbagai kejuaraan di dalam mahupun di luar negara.
Pemain nombor satu dunia itu berdepan penggantungan selama dua tahun oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) namun akan diberi peluang membela diri apabila Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF melakukan siasatan dalam usaha mengurangkan hukuman terhadapnya.

Isu doping yang dikaitkan dengan jaguh badminton negara itu semakin tegang apabila terdapat pihak cuba meletakkan kesalahan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.

Dr Ramlan menerusi laman sosial Facebook miliknya mengeluarkan kenyataan dengan menggesa pihak tertentu supaya tidak membuat sebarang ulasan lanjut sehingga Jawatankuasa Panel Pendengaran BWF membuat keputusan kes tersebut.

Dr Ramlan juga meminta pihak terbabit tidak menyalahkan ISN secara langsung atas kegagalan mereka mengawasi sejarah pengambilan ubat oleh atletberkenaan.   

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau tidak melindungi mana-mana pihak dalam isu berkenaan, sambil menggesa semua yang terlibat memberi tumpuan dalammenyediakan maklumat terbaik bagi proses pendengaran BWF itu.

"Saya tidak membuat apa-apa perlindungan (terhadap sesiapa)...akan sampai masanya untuk kita buat siasatan lanjut dan siapa yang bertanggungjawab...(sekarang) belum tiba masanya lagi," katanya. - Bernama

Posted at 19:33 |  by Unknown

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top