Monday 17 November 2014

Malaysia kutuk kekejaman IS

Posted by Unknown  |  at  08:06 No comments

Malaysia mengutuk perbuatan kejam terhadap seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat, Peter Kassig dan anggota tentera Syria, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, dalam catatan Twitter, menyatakan tindakan kejam itu bercanggah dengan ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam.

"Malaysia mengutuk dengan sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan terhadap Kassig dan anggota tentera Syria. Perbuatan kejam ini mencabuli ajaran Islam dan prinsip undang-undang Islam," katanya.

Semalam, kumpulan militan IS menyiarkan rakaman video menunjukkan mereka memenggal kepal Kassig iaitu renjer Tentera Amerika Syarikat yang kemudian menjadi pekerja bantuan yang ditawan semasa menghantar bantuan bekalan di Syria tahun lepas.

Video itu juga menunjukkan sekurang-kurangnya 18 orang yang dikatakan anggota tentera Syria dipenggal secara serentak.

- BERNAMA





Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top