Monday 17 November 2014

Tengku Abdullah bimbang prestasi Harimau Malaya

Posted by Unknown  |  at  08:08 No comments


Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa bimbang terhadap kemerosotan prestasi skuad Harimau Malaya.

Selepas melihat kekalahan berterusan dalam beberapa siri persahabatan antarabangsa Tengku Abdullah bertitah baginda menaruh harapan tinggi kepada skuad bimbingan Dollah Salleh yang hanya mempunyai masa seminggu sahaja sebelum aksi Piala AFF Suzuki 2014 bermula di Singapura.
"Saya bimbang melihat prestasi skuad negara. Saya berharap mereka (skuad Harimau Malaya) akan bangkit pada Piala AFF.

"Hanya pemain dan jurulatih sahaja yang boleh menentukan kejayaan pasukan.

"Kepada seluruh rakyat Malaysia, kita perlu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan. Hakikatnya saya mahu mereka bangkit dan menang," titah baginda pada sidang media sempena majlis penyampaian cek daripada Bank Islam Berhad (Bank Islam) kepada FAM di sini, hari ini.

Skuad Harimau Malaya menunjukkan prestasi merosot apabila kalah dalam empat daripada lima perlawanan persahabatan antarabangsa sebagai persediaan menghadapi Piala AFF.
  - BERNAMA



Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top