Monday 17 November 2014

20 penduduk di Chendering, KT berpindah

Posted by Unknown  |  at  08:04 No comments


Seramai 20 penduduk termasuk seorang warga emas dari lima keluarga di Kampung Binjai, Chendering di sini berpindah lewat hari ini selepas kediaman mereka mula ditenggelami air.
Mereka berpindah ke pusat perpindahan SK Chendering kira-kira jam 4 petang.

Seorang penduduk, Zainun Din, 54, berkata dia mula menyedari air masuk ke dalam rumahnya kira-kira 5 pagi tadi.

"Ketika hendak menunaikan solat subuh saya dapati hadapan rumah penuh dengan air dan saya bersama anak-anak mula mengemas rumah dan memindahkan barang-barang elektrik ke tempat yang lebih tinggi.

"Bimbang paras air meningkat naik saya serta beberapa penduduk yang lain mula berpindah selepas asar tadi," katanya ketika ditemui pemberita.

Hujan sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kampung dinaiki air.
Bagaimanapun setakat ini tiada jalan ditutup.
- BERNAMA


Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top