Saturday 5 April 2014

Kifarah Episod 5 - Bisikan Qarin

Posted by Unknown  |  at  06:38 No comments


 Kifarah Episod 5 - Bisikan Qarin



Drama bersiri Kifarah bersambung lagi. Episod kelima kali ini membawakan tajuk Bisikan Qarin. Sebelum ni telah ditayangkan episod Badi, Di Angin Lalu, Amanah dan Duit.

Bisikan Qarin mengisahkan tentang Zahir seorang yang panas baran. Dia telah membuat pinjaman untuk memulakan perniagaan restoran. Namun perniagaan restorannya tidak begitu maju dan dia menyalahkan restoran lain yang mencaras pelanggannya..

Satu hari dia menceritakan semua masalahnya kepada seorang kawan. Kawannya memberi cadangan untuk berjumpa bomoh dan mendapatkan pelaris. Mula-mula dia tak nak, tapi akhirnya dia bersetuju dan dia pergi berjumpa seorang bomoh.

Zahir sanggup membayar sejumlah wang yang banyak kepada bomoh tu untuk melingkupkan restoran yang satu lagi. Bomoh tu memberitahu tauke restoran tu yang telah buat sesuatu untuk menjatuhkan bisnesnya. Sedangkan punca sebenar restoran yang satu lagi tu maju sebab tauke restoran tu pandai melayan pelangan dan menyediakan menu-menu yang sedap. Sedangkan Zahir membelanjakan loan yang dipinjamnya itu untuk perkara lain.

Bomoh itu memberinya tangkal untuk dipakai. Selepas dia pakai tangkal tersebut, muncul seorang yang seiras wajahnya yang mula mengikutnya dan memberi pelbagai arahan. Antaranya menyuruh dia melarang isterinya dari bersolat dan menghalang isterinya membaca Quran. Kerana takut jatuh miskin, dia mengikut semua bisikan Qarin itu.

Seminggu selepas itu, restoran yang satu lagi masih maju dan tidak lingkup seperti yang dijanjikan oleh bomoh. Dia pun pergi semula berjumpa bomoh dan bomoh tu kata ada syarat yang dia telah langgar. Untuk memperbetulkannya, dia perlu memberi wang lagi.

Kerana dia tidak mempunyai wang lagi, bomoh itu tidak mahu lagi membantunya. Selepas itu, Zahir mula menderita. Badannya terasa panas seperti terbakar. Akhirnya dia bertindak ke sebuah bangunan yang tinggi dan mengambil nyawanya sendiri.

Dalam mendapatkan sesuatu, tiada jalan singkat. Apa yang diperlukan adalah usaha dan memohon kepadaNYA. Menjatuhkan satu sama lain bukan jawapannya. Telah tertulis rezeki masing-masing.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top