Oleh: Mohd Firdaus Ibrahim
Kuala Lumpur: Dia bukan sekadar menendang dan
memijak isterinya selama lebih 20 minit, malah mengugut untuk menyihir
dan membunuh wanita itu dalam kejadian di rumah mereka di Sungai Besi,
di sini, kelmarin.
Itu amukan seorang lelaki berusia lewat 30-an yang berang apabila
isterinya berusia 37 tahun enggan menyerahkan wang RM5,000 kepadanya
yang mahu dijadikan belanja perkahwinan dengan wanita lain dalam
kejadian jam 6 pagi.
Tidak cukup dengan itu, anak mereka berusia lapan tahun turut dipukul lelaki terbabit kerana kemahuannya tidak dipenuhi.
Tidak tahan dengan tindakan kejam suaminya itu, mangsa membuat
laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, untuk siasatan dan tindakan
lanjut.
Menurut sumber, lelaki terbabit yang juga penjawat
awam dilapor merancang untuk melangsungkan perkahwinannya dengan seorang
wanita selepas Aidilfitri ini namun dia tidak mempunyai wang cukup
sebelum meminta daripada isterinya.
Menceritakan semula
kejadian berkenaan, sumber itu berkata, selepas selesai bersahur jam 6
pagi, suspek meminta wang daripada isterinya.
“Wanita itu memberitahu suspek dia tiada wang apatah lagi RM5,000 seperti diminta,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek kemudian memaki hamun isterinya itu sebelum
mendakwa mangsa menyusahkannya kerana menyebabkannya tidak dapat
berkahwin lagi.
“Ketika dimaki hamun, mangsa mendiamkan diri namun suspek gagal mengawal kemarahannya sebelum memukul wanita berkenaan.
“Mangsa bukan sekadar ditumbuk, dia juga disepak dan dipijak. Perbuatan itu dilakukannya lebih 20 minit,” katanya.
Katanya, suspek yang gagal mengawal diri turut memukul anak mereka berusia lapan tahun.
Menurutnya, suspek mengugut untuk membunuh isterinya itu sekiranya dia gagal menyediakan wang berkenaan.
“Suspek juga mendakwa akan menggunakan cara halus ataupun menyihir
isterinya itu jika dia gagal berkahwin dengan kekasihnya itu,” katanya
memberitahu lelaki itu hanya berhenti memukul mangsa apabila abang
kandung wanita terbabit datang ke rumah.
Katanya, suspek meninggalkan rumahnya sebelum mangsa membuat laporan polis.
Dalam laporannya, mangsa mendakwa, kejadian itu bukan pertama kali
berlaku sebaliknya dia dan anaknya sering dipukul suaminya itu.
Katanya, dia tidak membuat laporan polis sebelum ini kerana terlalu
menyayangi lelaki itu selain mahu memberikan peluang kepada suaminya
untuk berubah.
Difahamkan, mangsa cedera di seluruh badan dan kepala dan dirawat sebagai pesakit luar di sebuah hospital berhampiran.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan
Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Arasa mengesahkan
menerima laporan kejadian berkenaan.
admin: kalau tak mampu jangan nak berlagak

Posted at 21:20 |  by
Unknown