Oleh Mohd Hilmie Hussin
Guangzhou: Nasib sememangnya tidak
menyebelahi pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei apabila dia
terpaksa menarik diri di saat paling getir sekali gus tewas buat kali
ke-22 di tangan seteru utamanya, Lin Dan.
“Pada set kedua, Chong Wei ada beritahu saya bahawa dia sudah mula merasa ototnya mungkin kejang tapi dia tetap mahu melawan Lin Dan kerana kami melihat pergerakan Lin Dan tidak lagi lincah seperti sebelumnya.
CHONG Wei terpaksa diusung keluar untuk menerima rawatan.
“Tapi Chong Wei mula menghadapi dehidrasi dan lemas kerana oksigen semakin kurang.
“Kami ada mengadu kepada BWF tapi mereka juga tidak tahu apa yang berlaku, alasan sama juga diberi penganjur,” kata Seu Bock lagi.
Selepas perlawanan, Chong Wei terpaksa diusung dan dirawat di bilik kecemasan di venue pertandingan, sebelum dikejarkan ke Hospital 12, Guangzhou.
Kemenangan Lin Dan itu meletakkan namanya dalam sejarah badminton dunia apabila berjaya merangkul gelaran kelima bagi dirinya sepanjang enam kali beraksi di final.
Begitupun, ketika ditanya mengenai situasi itu, Lin Dan yang juga pemain di ranking ke-286 dunia, berkata: “Sebagai pemain apabila kami fokus kepada perlawanan, kami tidak sedar apa yang berlaku di persekitaran.
“Saya memang terasa sedikit panas, tapi itu mungkin penganjur mahukan perlawanan antara saya dan Chong Wei berlangsung sehingga mencapai tahap yang amat hebat.
“Saya rasa perlawanan antara kami cukup hebat, tapi saya kasihankan dia kerana tidak mampu meneruskan perlawanan.
“Saya tahu bagaimana rasanya apabila mengalami kekejangan. Sewaktu latihan dulu pun saya pernah mengalaminya dan tidak mampu untuk bangun,” katanya yang layak ke kejohanan itu menerusi tiket wild card.
Sementara itu, Setiusaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai mengesahkan setakah jam 10.15 malam (waktu Malaysia) keadaan Chong Wei stabil selepas dirawat dengan Sodium Chloride tetapi masih berada di hospital.
0 comments: