Thursday 1 August 2013

Dua anggota polis antara 23 ditahan berjudi

Posted by Unknown  |  at  09:21 No comments

BUKIT MERTAJAM: Dua anggota polis antara 23 orang yang ditahan ketika sedang asyik bermain judi di sebuah premis di Taman Pauh Jaya, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Nasir Salleh berkata hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan pada jam 1.30 pagi ini.


"Ketika diserbu terdapat 23 orang termasuk seorang wanita sedang bermain judi online dan ada yang cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana premis itu telah dikepung," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata selepas pemeriksaan polis mendapati dua daripada yang ditahan itu adalah anggota polis yang bertugas di negeri ini dan seorang daripadanya didapati tidak hadir tugas sejak dua bulan lepas.

"Seorang lagi anggota yang masih dalam tugas manakala rakannya memang dicari kerana gagal hadir bertugas sejak dua bulan lepas. Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Nasir berkata dalam operasi itu pihaknya turut menahan tiga lelaki yang bekerja sebagai penjaga premis perjudian berkenaan.

"Kita turut merampas 21 set komputer, tiga unit simulator dan wang tunai RM630 dalam operasi itu," katanya.

Katanya semua mereka yang ditahan berusia 20 hingga 35 tahun itu disiasat menurut Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun. - Bernama

admin: kalau dah polis pun main judi....buat misi undercover la kot..

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top