Thursday 1 August 2013

Welcome to Malaysia Where Death is CHEAP and Staying Alive is COSTLY!!

Posted by Unknown  |  at  21:20 No comments

Kuala Lumpur: Malaysia mengecam tindakan sebuah akhbar di Singapura yang menghina negara menerusi artikel bertajuk Selamat datang ke Malaysia di mana untuk mati adalah murah dan untuk hidup adalah mahal.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata artikel itu tidak mengandungi fakta sebenar, sebaliknya bersifat pandangan semata-mata. Beliau berkata, akhbar itu sepatutnya menghubungi kementerian untuk mengetahui fakta sebenar di sebalik beberapa insiden tembakan yang berlaku sejak kebelakangan ini. 


KL kecam  The New Paper
Bersifat peribadi

Kes tembak ini kebanyakannya lebih bersifat peribadi di kalangan gangster dan bukannya tembakan secara rambang terhadap orang awam, katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, akhbar The New Paper di Singapura melaporkan kos mengupah seorang pembunuh upahan di Malaysia adalah sekitar RM5,000.

Sehubungan itu, akhbar berkenaan turut melaporkan kos yang murah menyebabkan sesiapa saja boleh mengupah pembunuh upahan.
Akhbar itu juga meletakkan poster artikel itu di rak menjual akhbar di sebuah pusat beli-belah di republik itu.

Artikel berkenaan turut melaporkan beberapa kes pembunuhan di negara ini, termasuk pengasas Perbankan Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, Isnin lalu.

Bawa impak negatif

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, artikel itu boleh membawa impak negatif sehingga menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

Walaupun ia bukan pendirian kerajaan Singapura, seperti yang kita ketahui media di sana bukan bebas sepenuhnya. Artikel seperti itu memburukkan Malaysia di mata dunia serta memberi kesan negatif terhadap sektor pelancongan dan pelaburan, katanya.

Akhbar ada agenda

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya akhbar The New Paper mempunyai agenda lain dan mengambil kesempatan terhadap apa yang berlaku di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata laporan akhbar berkenaan sama seperti menangguk di air yang keruh.

Katanya, yang pasti rakyat di negara itu lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku di Malaysia dan kesannya adalah kemasukan mereka ke negara ini.

Setakat ini, kunjungan mereka tidak pula menunjukkan pengurangan walaupun disebarkan dengan pelbagai perkara negatif berkaitan Malaysia, katanya ketika dihubungi, semalam.

admin: tak suka orang luar buruk-burukan negara kelahiran admin

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top