Saturday 3 August 2013

1,500 kaunter tol PLUS dibuka

Posted by Unknown  |  at  05:37 No comments


1,500 kaunter tol PLUS dibuka

Petaling Jaya: Plus Expressways Bhd (PLUS) akan membuka 1,500 kaunter bayaran tol sempena Aidilfitri berbanding 1,000 kaunter pada hari biasa, kata Pengarah Urusannya Datuk Noorizah Abd Hamid.
Beliau berkata, Pusat Operasi Trafik PLUS juga akan menambah bilangan pekerja kepada 75 orang sehari dan beroperasi 24 jam sempena musim perayaan bagi memantau keadaan trafik di lebuh raya.

Beliau berkata, PLUS juga menambah enam unit bermotosikal dalam Unit Bengkel Bergerak mereka atau ‘Workshop on Wheel’ (WOW).
“Dengan adanya unit WOW ini, kami dapat menyalurkan bantuan kepada pengguna dengan lebih cepat“ katanya pada sidang media mengenai persiapan PLUS menjelang musim perayaan, di sini, semalam.

PLUS semalam mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan bagi rujukan pemandu untuk mengelakkan kesesakan.

Antara cadangan adalah bagi perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan di antara 2 hingga 7 Ogos untuk perjalanan balik ke kampung dan dari 10 hingga 18 Ogos bagi perjalanan pulang ke Lembah Klang. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/03 0  0 Google +0  0  0

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top