Monday 12 August 2013

Buru emas Rio 2016

Posted by Unknown  |  at  18:57 No comments

Oleh Aida Adilah Mat

Kuala Lumpur: “Kecewa.” Itu luahan rasa Datuk Lee Chong Wei setibanya di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika diminta mengulas buat kesekian kali kegagalannya untuk bergelar juara dunia.

Namun Chong Wei menegaskan dia akan terus mencuba dan akan terus berjuang untuk beraksi buat kali keempat pada temasya sukan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro dan hanya akan memutuskan pembabitannya dalam badminton selepas itu.

Justeru pemain nombor satu dunia itu masih mempunyai dua peluang untuk merealisasikan impiannya bergelar juara dunia pada tahun depan dan 2015 sebelum memikirkan untuk bersara kerana kini dia sudah berusia 31 tahun.

Katanya, dia berdepan perlawanan paling sukar kelmarin dengan Lin Dan masih mempunyai kepantasan namun taraf permainan seimbang biarpun sudah setahun tidak bermain dalam pertandingan kompetitif.
FotoCHONG Wei (kanan) dikerumuni wartawan setibanya di KLIA, semalam.

Mungkin sokongan yang diterima dan kelebihan sebagai pemain tuan rumah memberikan kelebihan kepada pemain yang dikenali sebagai ‘Super Dan’ itu.

“Saya kecewa kalah perlawanan akhir. Tapi apa boleh buat, saya sudah cuba yang terbaik dan berharap di kejohanan akan datang saya dapat buat lebih bagus lagi. Saya akan belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Mengulas mengenai sabotaj yang ditimbulkan oleh penganjur apabila sengaja memadamkan pendingin hawa, Chong Wei mengakui perkara itu menyebabkan dia sukar bernafas dan doktor yang merawatnya mengatakan ia berpunca daripada kekurangan air selepas banyak peluh keluar.

“Tiada pendingin hawa. Kepanasan mencecah hingga 34 Selsius. Bernafas pun susah ketika itu tapi saya tidak boleh komen banyak mungkin itulah kelebihan Lin Dan sebagai pemain tuan rumah.

“Satu lagi saya tersalah agakan angin hingga banyak membiarkan bulu tangkis kerana menyangka ia akan keluar, begitupun saya tidak marah dengan apa yang berlaku dan akan melupakannya,” katanya yang turut mengharapkan kebangkitan pemain muda seperti Liew Daren (gambar) dan Chong Wei Feng.

Katanya, dua pemain negara itu mempunyai potensi sekiranya terus diberi peluang dan penyertaan mereka di Kejohanan Dunia buat kali pertama diharap memberi pengalaman berguna untuk digunakan pada masa depan.

Chong Wei selepas ini akan berehat panjang dan cuba untuk kembali secepat mungkin ke gelanggang namun akan mempertimbangkan semula sama ada akan beraksi di Liga Badminton India minggu depan.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top