Friday, 2 January 2015

Top 5 Lelaki Bujang Popular 2014

Posted by Unknown  |  at  07:37 No comments

Selebiriti bujang popular 2014 dipilih bukan berdasarkan kepada kejayaan semata-mata, malah kisah kontroversi, cinta dan pelbagai cerita menarik  turut menjadi perhatian.

Kisah-kisah mereka menjadi viral di media sosial terutama di Instagram, portal hiburan serta bloggers. Berikut 5 jejaka tampan dan bujang yang menjadi bualan ramai sepanjang tahun 2014.
 
1. Zul Arrifin
Namanya melonjak lain ketika membintangi drama Rindu Awak 200% bersama Ayda Jebat. Dengan susuk tubuh yang sasa serta gaya-gaya romantik yang ditonjolkan di dalam drama itu membuatkan  Zul  menjadi perhatian para gadis. Disebabkan itu juga hubungan cinta dengan Gayatri dikatakan goyah namun Zul bijak mengawal situasi tersebut.
 
2 .Sharnaaz Ahmad
Lebih dikenali sebagai Jebat kerana lakonannya dalam Bukan Aku Tak Cinta telah meletakkan namanya di paras yang popular. Membawa watak sebagai ‘bad boy’ tetapi menjadi baik selepas berkahwin, membuatkan ramai anak-anak gadis terbuai-buai dengan watak itu. Tetapi keceluparannya dalam Instagram turut menjadi perhatian dan itulah Sharnaaz yang tidak pandai menipu peminat.
 
3. Keith Foo
Pelakon darah kacukan Cina-India ini pada awal kemunculannya agak kurang dikenali, namun setelah membintangi drama Ariana Rose namanya melonjak naik. Ini adalah kerana watak yang dibawanya itu seolah-olah mencerminkan dirinya sendiri. Kalau ada cerita mengenai Keith Foo, ramai yang ingin tahu perkembangan terbarunya.

 
4. Zizan Razak
Pelakon, pelawak, pengacara TV, di mana-mana sahaja Zizan akan muncul untuk menghiburkan peminatnya. Mempunyai pengikut lebih 1 juta di Instagram kerana Zizan pandai melayan peminat tidak kira usia, pangkat mahupun jantina. Kisah cintanya bersam Emma Maembong turut menjadi bahan  bualan walaupun dicemuh dari pelbagai sudut. Tetapi Zizan berjaya mengawalnya.
 
5. Hafiz Suip
Penyanyi lagu Matahari ini sememangnya berada di liganya tersendiri, alunan suara yang lunak merdu memukau sesiapa sahaja yang mendengar. Sering kali muncul membuat persembahan di majlis-majlis anugerah berprestij, korporat atau pun makan malam. Aura Hafiz sentiasa bersama peminat yang sentiasa menyokongnya dalam karier nyanyian.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top