Monday, 19 January 2015

Najib santai di IOI City Mall

Posted by Unknown  |  at  04:04 No comments





Kuala Lumpur: Selepas sepanjang minggu sibuk dengan urusan kerajaan dan negara, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa berkualitinya bersama keluarga di hujung minggu.

Semalam Perdana Menteri gembira dapat menghabiskan masanya dan makan tengah hari bersama anak perempuan beliau, Nooryana Najwa di IOI City Mall, sebuah pusat beli-belah terbaru di Putrajaya dekat sini.

Beliau turut memuji dan bersyukur apabila melihat rakyat Malaysia menggunakan hujung minggu untuk bersama keluarga masing-masing.

Beberapa keping gambar dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter peribadinya menunjukkan beliau santai mengenakan baju kemeja kuning cair bersama Nooryana.

“Alhamdulillah, gembira dapat luangkan masa berkualiti bersama anak saya untuk makan tengah hari tadi di IOI City Mall Putrajaya.

“Bagus bila lihat ramai yang menghabiskan hujung minggu dengan keluarga,” kata beliau.-Harian Metro

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top