Artis dan anak: Kecohnya!

Lumrah hidup seorang figura dikenali, bukan sahaja dirinya yang menjadi tumpuan, malah si anak juga. Mari kita lihat pasangan selebriti-anak yang mana lagi yang pernah menimbulkan 'havoc' di kalangan peminat dan masyarakat.
1. Erra Fazira - Engku Aleesya
Primadona filem Melayu ini perlu menunggu agak lama juga sebelum dikurniakan cahaya mata. Namun akhirnya tanggal 30 Mac 2009, penantian Erra berakhir dengan kelahiran puteri comel, Engku Aleesya.
Havoc factor: Erra begitu berahsia dan tidak membenarkan gambar anaknya dirakam pihak media, sebaliknya mengatur satu masa untuk memberi pihak media dan masyarakat menatap wajah Aleesya kali pertama. Kecoh juga kerana ramai yang tak sabar nak tengok wajah Aleesya dan tindakan Erra ketika itu dikritik ramai.
2. Ziana Zain - Muhammad Airil/ Siti Nur Kasih
Hasrat diva terkenal ini untuk mempunyai cahaya mata perempuan terkabul juga apabila melahirkan sepasang kembar, Muhammad Airil dan Siti Nur Kasih, ketika usianya telah mencecah 40 tahun.
Havoc factor: Seperti Erra, Ziana juga agak tertutup dan enggan berkongsi gambar anak kembarnya di awal kelahiran. Namun Ziana memberi alasan dia agak trauma dengan situasi sukar yang dilalui sewaktu melahirkan Kasih dan Airil, sekaligus menjadi penyebab dia 'menyembunyikan' diri dan anak-anaknya buat seketika.
3. Schawal - Lara Alana
Penantian pasangan popular ini berakhir dengan kelahiran Lara Alana, Ogos lalu. Bayi comel ini nyata sudah punya pengikut sendiri apabila laman instagram yang dibuka oleh ibu bapanya, kini sudah mencecah lebih 180 ribu pengikut!
Havoc factor: Ramai yang tak setuju dengan pemilihan nama Lara, yang dikatakan membawa maksud kesedihan atau berduka dalam bahasa Melayu. Tapi baik Scha dan Awal punya pendapat dan pendirian tersendiri, dan meneruskan hasrat untuk menamakan anak mereka dengan nama tersebut.
4. Tomok - Arrianshah Akid
Anak sulung bekas vokalis New Boyz ini bukan sahaja comel, tetapi sangat bijak! Bertuah Tomok dan isteri, kerana Arrian, menurut pandangan ramai, akan menjadi pembawa rezeki untuk mereka suami isteri.
Havoc factor: Apabila Arrian dikatakan menerima tawaran untuk muncul dalam rancangan Oprah Winfrey, ramai yang mula membuat andaian Tomok 'menumpang' tuah si anak.
About the Author
0 comments: