Remaja 18 Tahun Maut Akibat Dari Ciuman Pertama | Ciuman pertama
biasanya menjadi detik-detik paling mendebarkan sekaligus membahagiakan.
Namun, tidak bagi Jemma Benjamin. Ciuman pertama gadis 18 tahun ini
lantas berakhir dengan kematian yang mengerikan. Jemma menghembuskan
nafas terakhirnya beberapa minit selepas bercium dengan teman lelakinya,
Daniel Ross, 21.
Gambar Hiasan sahaja |
Itu merupakan ciuman pertama sekaligus menjadi ciuman yang terakhir bagi
gadis dari Treforest, Pontypridd, South Wales.
Daniel menceritakan, pada malam itu ia mengantar Jemma pulang dari
sebuah bar setelah makan malam berdua. "Kami berbual dan akhirnya
berciuman di lorong berhampiran pintu depan. Kami pergi ke dapur dan
ruang tamu. Di sana, Jemma duduk di sofa," jelasnya seperti dipetik dari
Daily Mail.
Sesaat setelah berciuman, kelopak mata Jemma tiba-tiba terkulai,
mulutnya berbuih, dan tubuhnya terjatuh ke lantai. "Kami tidak melakukan
hubungan seksual. Kami hanya berjumpa beberapa kali dalam seminggu,"
jelas Daniel yang mengenali Jemma di kolej tiga bulan terakhir.
Melihat Jemma dalam keadaan begitu, Daniel lantas menghubungi petugas
perubatan. Ambulans datang, dan pasukan perubatan cuba menyelamatkan
nyawa Jemma, namun tak dapat diselamatkan.
Jemma diagnosis keadaan jantung yang jarang berlaku, sindrom kematian
mendadak dewasa (SADS). Bahkan,boleh menyerang saat penghidapnya sedang
tidur. Sindrom ini membunuh sekurang-kurangnya 500 orang dewasa UK
setiap tahun.
Satu daripada 20 kes jantung yang jarang berlaku yang menyebabkan
kematian mendadak tidak mempunyai penyebab jelas. Keadaan ini dipanggil
sindrom kematian mendadak arrhythmic.
0 comments: