• Usia bukan penghalang tunai tanggungjawab pilih pemimpin. - Foto Sinar Harian  
  • Usia bukan penghalang tunai tanggungjawab pilih pemimpin. - Foto Sinar Harian
1 / 1
TUMPAT -  Seramai 23,929 pengundi berdaftar di Dun Pengkalan Kubor menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat yang baharu sebaik sahaja 11 pusat pembuangan undi dibuka pada jam 8 pagi.

Seperti lazimnya, pengundi wanita dan warga emas merupakan golongan yang paling ramai keluar membuang undi pada sebelah pagi.

Tidak ketinggalan, seorang OKU, Siti Norazela Kasim, 30, yang berkerusi roda turut menunaikan tanggungjawabnya.

Siti Norazela tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, di sini pada jam 8.15 pagi.

Seorang pengundi berkerusi roda, Erius Chaudi, 81, juga keluar awal untuk mengundi di SK Sri Neting.

Erius yang bertongkat sejak beberapa tahun lalu bangun seawal jam 6 pagi lagi kerana  tidak mahu melepaskan peluang melaksanakan tanggungjawabnya.

Sehingga jam 8.40 pagi seramai 100 pengundi kaum Siam selamat menjalankan tanggungjawab mereka di di sini bagi memilih pemimpin yang diharapkan dapat membela rakyat di Dun Pengkalan Kubor.

Antaranya sepasang suami isteri, Ia Dang Cha Sop, 82, dan Mek Kechum Charum, 86, yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi di SK Sri Neting.

Keputusan siapa wakil rakyat baharu Dun Pengkalan Kubor dijangka hanya diketahui jam 9 malam ini selepas proses penjumlahan undi selesai.