• Muktamar
1 / 1
BATU PAHAT- Muktamar Pas Pusat kali ke-60 hari ini membuka tirainya bertempat di Parit Salleh Ros, Parit Raja, di sini tepat jam 9 pagi tadi.

Majlis perasmian mesyuarat tahunan parti itu disempurnakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Dijangka lebih 1,000 perwakilan mengambil bahagian dalam acara tahunan paling penting bagi parti itu.

Ucapan dasar akan dibentang oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, sesi perbahasan ucapan dasar Presiden hanya akan berlangsung pada esok hari (Jumaat) bermula jam 8.45 pagi.