Monday, 4 August 2014

Abdul Khalid digesa contohi komitmen ahli Umno

Posted by Unknown  |  at  07:36 No comments

Abdul Khalid digesa contohi komitmen ahli Umno
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Saifuddin Nasution Ismail

PETALING JAYA - Tiada seorang ahli Majlis Tertinggi Umno pun yang berani ponteng daripada menghadiri mesyuarat pimpinan tertinggi parti politik itu sekali gus membuatkan parti itu tetap kukuh sehingga ke hari ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun Umno kini menjadi seteru politiknya, namun tahap disiplin tinggi yang ditunjukkan ahli MT Umno dengan menghadiri semua mesyuarat parti itu perlu diteladani oleh ahli parti lain termasuk PKR di negara ini.

"Siapa kata Umno itu semua tidak baik, pengalaman saya dalam Umno sebelum ini membuktikan ahli MTnya tidak pernah ponteng dari mesyuarat parti.

"Mereka (ahli Umno) sangat menitikberatkan apa yang dimesyuaratkan demi kekuatan dan kelangsungan parti mereka sehingga boleh bertahan ke hari ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut masalah integriti dan disiplin yang membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim termasuk gagal menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dan Biro Politik sejak beliau menggalas jawatan menteri besar.

Saifuddin juga mendedahkan daripada 136 mesyuarat pimpinan parti itu sepanjang dua penggal PR di Selangor, hanya 42 kali sahaja Abdul Khalid mengambil bahagian dan menghadirinya.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top