Monday, 29 December 2014

Mesej Yana Samsudin Kepada Peminat Che Ta Yang Mengejutkan

Posted by Unknown  |  at  04:23 No comments

Mesej Yana Samsudin Kepada Peminat Che Ta Yang Mengejutkan | Jarang rasanya selebriti tempatan menulis sesuatu yang bagus untuk tatapan kita semua. Seperti yang kita semua sedia maklum, kelahiran anak Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini telah menimbulkan fenomena yang tersendiri. Ramai yang mengkagumi kecomelan puteri Che Ta itu. Malah ramai yang membuat perbandingan antara anak Che Ta dan anak mereka sendiri, anak Che Ta dan Lara Alana serta macam-macam perbandingan lagilah. 
Secara jujur admin agak kecewa dengan perbandingan-perbandingan yang dilakukan. Setiap anak ada kecomelannya tersendiri. Tak ke sedih hati ibu dan ayah apabila anak kita dikatakan kurang comel berbanding anak orang lain. Jadi apabila membaca nasihat Yana Samsudin yang ditulis di Facebooknya, admin terasa ingin berkongsi untuk tatapan kita semua. 
Sangat bagus nasihat Yana Samsudin ini. Sebagai manusia kadangkala kita over excited sehingga menulis sesuatu yang akan melukakan hati orang terdekat. Yang penting kita harus bersyukur dengan kurniaan olehNya. Kita juga harus belajar gembira untuk orang lain tanpa buat perbandingan. Tahniah Yana kerana nasihat yang amat padu. Sama-samalah kita ambil pengajaran. via Beautifulnara.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top