Wednesday 28 January 2015

Akhirnya Awie Hilang Hak Penjagaan Anak

Posted by Unknown  |  at  05:44 No comments



PENYANYI rock popular, Awie kehilangan hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya setelah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam memberikan perintah hak penjagaan sementara (hadanah) kanak-kanak itu kepada isterinya, Rozana Misbun.

Perintah penjagaan kepada Rozana, 37, diputuskan oleh Hakim Syarie Ibrahim Deris ketika prosiding berlangsung di kamarnya.

Ibrahim membuat keputusan itu setelah beliau berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan oleh Rozana yang merupakan pemohon dalam kes tersebut.

Rozana diwakili peguam syarie, Jamal Mohd. Lokman Sulaiman.

Dalam perintah itu, mahkamah memutuskan Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5, diberikan kepada Rozana sehingga perintah penjagaan kekal ke atas anak-anak pasangan itu dikeluarkan.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, sebagai responden diberikan hak melawat di kediaman anak-anaknya selama dua jam sebanyak dua kali sebulan pada Sabtu atau Ahad pada minggu pertama dan ketiga.

Bagaimanapun, sebelum melawat anak-anaknya itu, Awie diperintahkan supaya memaklumkan terlebih dulu kepada Rozana. - Sinar Harian

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top