Tuesday, 3 June 2014

JMM desak Jakim jelas punca pencemaran

Posted by Unknown  |  at  09:25 No comments

JMM desak Jakim jelas punca pencemaran
  • Presiden JMM, Azwanddin Hamzah  
  • Presiden JMM, Azwanddin Hamzah

SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan punca pencemaran terhadap dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi.
 
Presidennya, Azwanddin Hamzah berkata, penggantungan sijil Halal terhadap produk Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1) menunjukkan bahawa produk Cadbury berkenaan telah dicemari DNA babi.
 
"Jakim telah menggantung sijil pengesahan halal bagi kedua-dua produk serta-merta untuk pihaknya kenal pasti di mana punca pencemaran DNA babi dalam produk tersebut.
 
"Ini bermakna memang jelas dua produk tersebut telah tercemar oleh porcine di dalamnya ketika ujian dibuat ke atas produk itu.
 
"Ketua Pengarah Jakim gagal menjelaskan punca pencemaran kepada masyarakat Islam. Kini, mereka jelas keliru dan tertanya-tanya punca pencemaran tersebut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
 
Dalam pada itu, JMM turut mendakwa Jakim tidak mempunyai makmal sendiri dan hanya bergantung kepada makmal Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kimia.
 
"Ini menunjukkan kelemahan Jakim yang amat ketara (hanya) berpandu kepada makmal luar.
 
"Jakim seharusnya mempunyai kepakaran serta kemahiran dalam kalangan profesional Islam kerana melibatkan pemakanan untuk orang Islam di negara ini," katanya.
 
Azwanddin juga menyentuh soal Jakim yang dilihat seolah-olah menyembunyikan pihak yang membocorkan keputusan analisis Kementerian Kesihatan.
 
"Difahamkan Jakim telah membuat laporan polis terhadap NGO tetapi gagal membuat laporan polis terhadap individu yang telah membocorkan maklumat pencemaran tersebut dan sehingga kini individu tersebut 'disorok'.
 
"Jakim tidak mendesak Kementerian Kesihatan tentang perkara dedahan tersebut atau bertindak lebih proaktif dengan menyaman Kementerian Kesihatan demi menjaga nama baik," katanya.
 
Semalam Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu keputusan analisis itu belum dapat disahkan pihaknya sebelum didedahkan ekoran telah disebarkan terlebih dahulu oleh orang dalam

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

    Popular Posts

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top