Saturday 5 April 2014

MH370: Pesawat China temui beberapa objek terapung

Posted by Unknown  |  at  08:00 No comments

MH370: Pesawat China temui beberapa objek terapung


KUALA LUMPUR: Pesawat tentera udara China mengesan beberapa objek terapung di kawasan pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi hari ini, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Menurut Xinhua, pesawat itu merakam gambar objek berkenaan selama 20 minit selepas dikesan pada jam 11.05 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia).

 Seorang juruterbang Australia dalam pesawat itu melaporkan kepada Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia yang menyelaras operasi mencari pelbagai negara di selatan Lautan Hindi.


Pesawat berkenaan yang pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 6.04 pagi waktu tempatan, pulang pada jam 2.20 petang.

-BHarian.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top