Saturday 5 April 2014

199 individu terima darjah kebesaran Pahang

Posted by Unknown  |  at  07:30 No comments

199 individu terima darjah kebesaran Pahang


PEKAN: Seramai 199 orang hari ini menerima anugerah darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke-83, pada 24 Oktober tahun lalu.

Anugerah disampaikan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, dalam satu istiadat di Istana Abu Bakar di sini.

 Mendahului senarai penerima ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikurniakan darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.


Penerima SSAP lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene; Pengerusi Eksekutif Kumpulan 3A International, Anuar Abdul Aziz dan Pengarah Sonstar Engineering Works Sdn Bhd, Lim Chen Tong.

Pada istiadat itu juga, 11 orang dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki; Setiausaha Agung, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Alexander Soosai G Susiappan dan Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Sementara itu, sebanyak 103 penerima dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Antara penerima DIMP ialah Ketua Pengarah Imigresen, Aloyah Mamat; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Dr Hasrul Sani Mujtabar; Pengarang Utusan Malaysia, Mohd Hassan Mohammed Noor; Pengarang Kosmo, Baharom Mahusin dan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang, Abdul Wahab Mohamad Ali.

Seorang penerima dikurniakan darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) iaitu Roslan Ramli.

Selain itu, 10 orang menerima darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 18 penerima darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 26 penerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), lima penerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) dan 10 penerima Pingat Jasa Kebakitian.

Empat petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) biro Pahang dikurniakan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) bersama tujuh penerima lain.

Mereka ialah Nurazira Rashid, Zafri Razali, Zulfaidi Muhammad dan Khairatul Ainal Abdul Karim.

- BERNAMA

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top