Friday 17 January 2014

Conti wira Pahang

Posted by Unknown  |  at  17:15 No comments

Conti wira Pahang


KUANTAN: Pahang mengukuhkan kedudukan selaku pencabar utama Liga Malaysia musim ini apabila menjuarai Piala Sumbangsih dengan menewaskan Lions XII 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sebentar tadi.
Lebih manis kemenangan berkenaan adalah kejayaan pertama bagi jurulatih baru pasukan dari Pantai Timur itu, Ronald Smith yang menggantikan Dollah Salleh untuk membimbing skuad Tok Gajah musim ini.
Matias Conti yang menyambut hari lahir ke-24 hari ini menjadi wira Pahang apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-56 selepas dibawa masuk untuk menggantikan Dickson Nwakaeme pada minit ke-14.

Perlawanan sebentar tadi menyaksikan Pahang lebih banyak menguasai permainan namun buntu untuk menghasilkan gol pada separuh masa pertama.
Foto

Namun Conti menceriakan penyokong Pahang apabila berjaya menghasilkan gol yang ditunggu-tunggu.

Piala disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Lebih 35,000 penonton membanjiri Stadium Darul Makmur menyaksikan perlawanan itu.

Untuk rekod, Pahang pernah menjuarai Piala Sumbangsih sebanyak dua kali pada 1992 dan 1993.

Barisan pemain:

PAHANG:
Mohd Khairul Azhan (GK), Damion Delano Stewart, Zeshan Rehman, Azidan Sarudin, Dickson Nwakaeme (Matias Ruben Conti), Azammuddin Khail, Mohd Razman Roslan (C), Abdul Malik Mat Arif, Mohd Shahrizan Salleh, Mohd Hadiz Kamal, R Gopinathan.

LIONS XII:
MOhd Izwan (GK), Muhammad Shakir, Mohammad Afiq, Mohammad Isa (C),Quak Jun Yi, Muhammad Hafiz, Mohammed Faritz, Muhammad Sufian, Mohammad Khairul Amri, Muhammad Safuwan, Muhammad Zulfahmi.

Pengadil: Mohd Nafiz Abd Wahab

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top