Thursday 18 September 2014

Fungsi Jawatankuasa Tatatertib akan dikemaskini

Posted by Unknown  |  at  17:59 No comments

Fungsi Jawatankuasa Tatatertib akan dikemaskini
  • Mustafa Ali
    Mustafa Ali
1 / 1
BATU PAHAT - Jawatankuasa Tatatertib Pas akan dikemaskini bagi menambah baik peranannya dalam menangani laporan disiplin ahli parti.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ia berikutan banyak pihak mempertikaikan jawatankuasa tersebut yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik.

"Kita dapati Jawatankuasa Tatatertib ada beberapa kelemahan dari segi kaedah dan pelaksanaannya. Ada yang kata jawatankuasa ini terima laporan dan kemudian terus jatuh hukuman tanpa siasatan, bagaimana ia boleh terjadi?

"Oleh itu, Lajnah Undang-undang dan pimpinan Pas akan mengemaskini fungsi jawatankuasa ini. Kita sedang menguasahakan satu konsep yang lebih jelas berkaitan Jawatankuasa Tatatertib untuk tangani laporan disiplin, " katanya ketika menjawab soalan perbahasan laporan teknikal di Muktamar Pas ke-60, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, proses tersebut tidak akan menjejaskan tindakan terhadap laporan disiplin yang telah dibuat.

"Sebarang laporan masalah disiplin ahli tetap sampai kepada pimpinan. Pas Pusat juga masih mempunyai kuasa untuk mengambil sebarang tindakan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.

"Misalnya, keputusan memecat ahli yang perlu dibuat dengan kadar segera," katanya.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top