Saturday, 3 January 2015

Top 5 Pasangan Selebriti Hot 2014!! Anda Pasti Suka Yang ke-5 !!

Posted by Unknown  |  at  05:20 No comments

1) Rozita Che Wan & Zain Saidin
Pasangan ini bukan sahaja menjadi tumpuan ramai bermula tahun ini malah sejak mereka disahkan bercinta hinggalah diijakbaulkan pada Disember tahun lalu sudah banyak cerita dan kontroversi melibatkan mereka. Bermula awal tahun ini pasangan ini mencuri tumpuan apabila foto selfie di atas katil yang dimuat naik dalam Instagram menjadi perbualan ramai apabila ramai yang merasakan ianya tidak manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, menerusi foto mereka bercium di Kota Paris pun dipertikaian ramai peminat selain dikatakan ianya kelihatan romantic tetapi ramai yang kurang senag denagn foto itu kerana dianggap seperti mengikut budaya barat. Selain foto-foto mereka menjadi perhatian, peminat mula beri perhatian kepada pasangan ini apabila Che Ta disahkan hamil. Ramai peminat yang tidak sabar menantyi kelahiran puteri sulung mereka iaitu Aaisyah Dhia Rana yang dilahirkan pada November lalu. Pasangan ini sekali lagi menjadi tumpuan apabila bayi mereka dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan sangat comel.
2) Awal Ashaari & Scha Al Yahya
Pasangan ini juga telah mencuri tumpuan ramai sejak mereka berkahwin kira-kira 3 tahun yang lalu. Malah setiap kali pasangan ini melaui karpert merah pada acara mereka hadiri penampilan dan gaya yang ditampilkan sentiasa menjadi perhatian. Namun pada tahun ini pasangan ini mula mencuri perhatian ramai apabila Scha mengumumkan dia telah hamil. Scha antara ibu hamil yang comel dan bergaya malah dia kelihatan berseri-seri sepanjang kehamilan. Namun tidak semua yang senang dengan pasangan ini apabila diakhir-akhir kehamilannya tercetusnya satu pertelingkahan antara Awal dan peminat apabila seorang peminat menggelarkan anak yang bakal dilahirkan adalah anak sundal hanya kerana kurang senang melihat tingkah laku Scha yang dikatakan mengada-ngada. Awal tidak berdiam diri malah turut mengamuk di Instagram dengan mendedahkan wajah peminat itu yang merupakan seorang perempuan.
Selepas isu itu reda, nama anak pasangan ini yang dilahirkan pada awal September lalu iaitu Lara Alana dipertikaikan. Menurut peminatnya nama Lara punya maksud tidak baik dalam Bahasa Melayu iaitu bermaksud sengsara dan duka. Namun pasangan ini tidak menghiraukannyadan tetap dengan keputusan mereka. Sehinggalah kini apa sahaja yang dlikukan pasangan ini masih jadi perhatian dan tumpuan.
3) Ayu Raudah & Zaquan Adha
Tahun ini pasangan Ayu Raudah dan Zaquan Adha menjadi antara pasangan yang hot diperkatakan apabila pemain bola itu mula mengamuk di laman Twitter. Zaquan memuat naikkan status di laman Twitter miliknya yang mengakui tidak sanggup melihat isterinya dipukul teruk oleh pelakon Iqram Dinzly di dalam filem Lagenda Budak Setan 3, malah dia seolah-olah berang dengan Iqram dan tidak membenarkan isterinya berlakon lagi. Namun isu itu selesai selepas Iqram sendiri memohona maaf kepada pasangan itu. Bagaimana pun ada juga peminat yang kurang setuju dengan tindakan Zaquan yang seolah-olah tidak professional.
4) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
Terdahulu pasangan ini telah mencetuskan kontroversi apabila bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan umum. Namun tahun ini, pasangan ini terus menjadi tumpuan ramai apabila mereka dilaporkan telah didenda sebanyak RM1000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Tidak cukup dengan kontroversi itu, tahun ini pasangan tersebut terus menjadi tumpuan apabila Aeril mendakwa pihak MIG masih lagi berhutang dengannya dan isteri bernilai puluhan ribu ringgit. Malah terdahulu, Aeril menerusi Instagram miliknya meminta agar pihak MIG memulangkan kembali pakaian serta dokumen penting mereka di dalam kenderaan jenis Suzuki Swift yang dilaporkan hilang setahun lalu. Bagaimana pun, difahamkan kereta itu sudah ditemui semula oleh pihak MIG yang merupakan pemilik kereta terbabit.
5) Datuk Siti Nurhaliza & Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa
Pasangan ini sentiasa menjadi tumpuan setiap kali mereka buaty penampilan di mana-manan majlis. Namun tahun ini, banyak foto-foto mesra mereka yang nampaknya semakin terbuka dikongsikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza di dalam laman social Instagram miliknya. Ramai peminat yang senang dan gemar melihat kemesraan pasangan ini, namun terdapat satu komen di Instagram yang mencuri tumpuan ramai apabila pengikutnya itu membuat pertanyaan sama ada Datuk K tu bapa kepada Siti. Walhal, satu Malaysia tahu yang Datuk K dah lama berstatus suami kepada Siti. Mungkin individu tersebut benar-benar tidak tahu atau sengaja mahu melakukan ‘troll’.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top