Saturday, 3 January 2015

Top 5 Anak Selebriti Paling Hot 2014

Posted by Unknown  |  at  05:47 No comments

Aaisyah Dhia Rana (Rozita Che Wan & Zain Saidin)
Sejak pelakon dan pengacara Primadona, Rozita Che Wan hamil, ramai peminat amat ternanti-nantikan kelahiran bayi perempuannya hasil daripada perkahwinannya bersama Zain Saidin. Malah ada juga pihak yang cuba melakar foto gabungan wajah mereka berdua untuk membayangkan bagaimana rupa anak mereka yang akan dilahirkan. Sehinggalah saat-saat Rozita Che Wan atau Che Ta selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.5kg secara normal. Tidak sampai beberapa minit foto bayinya dikongsi di Instagram, ramai peminat teruja apabila turut berkongsi dan memuji kecomelan anaknya yang dinamakan Aaisyah Dhia Rana.
Lara Alana (Awal Ashaari & Scha Al Yahya)
Sejak pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya berkahwin , ramai peminat yang tidak sabar ingin melihat mereka menimang cahaya mata. Namun Scha hanya disahkan hamil selepas setahun mereka berumahtangga. Selepas pasangan ini mengumumkan mereka bakal menimnnag cahaya mata, ramai peminat teruja menantikannya. Peminat bagai tidak sabar untuk melihat bagaimana wajah puteri kesayangan mereka ketika diumumkan puteri sulung mereka dilahirkan pada 22 Julai lalu. Namun pasangan ini membuat keputusan untuk menyayangkan wajah anaknya hanya selepas 45 hari kelahiran. Wajah anak mereka yang diberi nama Lara Alana menjadi viral selepas Awal memuat naik wajah penuh bayinya di Instagram. Malah, Lara Alana yang ketika itu belum berusia 2 bulan, sudah pun mempunyai akaun Instagram sendiri dan pengikutnya mencecah 345 000.
Putri Raysha Jemaima (Fasha Sandha & Jejai)
Tahun ini, anak kedua pelakon Fasha Sandha juga mendapat perhatian ramai apabila ramai yang tertarik dengan kecomelan puteri sulungnya berana Putri Raysha Jemaima. Tidak sama seperti selebriti lain, anak kepada aktres ini sudah pun ditayangkan wajahnya menerusi laman sosial Instargam pada hari kelahirannya pada 7 November 2014. Sama seperti anak kepada Che Ta dan Scha Al Yahya, foyo-foyo bayinya juga dinanti-natikan ramai peminat.
Arrianshah Akid (Tomok & Ayu)
Sejak anak kepada penyanyi Tomok ini dilahirkan 29 Mei 2012, wajahnya dan keletahnya telah memikat ramai peminat penyanyi tersebut yang sering mengikuti perkembangan anaknya di laman sosial Instagram. Namun tahun ini, anak kepada pelatun lagu Bidadari itu disahkan bapanya telah menerima tawaran daripada produksi rancangan bersiri Oprah Winfrey menerusi emel dan mereka sedang dalam perbincangan mengenai tawaran tersebut.Produksinya mula menyedari bakat Arrian menerusi video-video yang dimuat naik Tomok ke dalam Instagram miliknya.
Muhammad Dayyan (Didie Alias & Norisham Ismail)
Anak kepada pasangan ini juga amat dinanti-nantikan kerana pelakon Didie Alias sudah lama tdiak hamil dan dia berjaya melahirkan anak keenamnnya pada usia 40 tahun. Malah bayi lelakinya yang diberi nama Muhammad Dayyan dilahirkan dengan sihat pada 27 Jun lalu. Ramai yang kagum dengan keupayaan Didie yang sihat ketika hamilkan anaknya itu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top