Tuesday, 6 January 2015

Tanpa Tajaan, Teater Sirah Junjungan Tetap Berjaya Dipentaskan

Posted by Unknown  |  at  06:39 No comments

Ketika sesi sidang media selepas berakhirnya pratonton Tahajjud Cinta, pengarah teater itu , Erma Fatima berkata, beliau amat bersyukur kerana dapat menghasilkan satu pementasan yang mampu menjadi panduan kepada masyarakat terutamanya yang beragama Islam.
Apabila ditanyakan tentang isu pemohonan tajaan dari Tabung Haji yang ditolak, Erma menjelaskan meskipun tidak mendapat tajaan daripada mana-mana pihak namun, teater tersebut akhirnya dapat juga dihasilkan dengan jayanya.
“Saya bersyukur kerana dibukakan lagi peluang kali ketiga saya dapat membuat satu teater mengangkat tentang kisah sirah junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
“Di barat mereka membuat filem mengecam Rasullah SAW, tetapi kita sebagai umat Islam di sini wajar membuat persembahan bagi mengangkat martabat nabi junjungan kita.
Isu tajaan tersebut tidak menjejaskan perjalanan kami menjayakan Tahajjud Cinta. Pada saya biarlah ditolak kerana pada saya tajaan untuk projek sebegini biarlah ia ikhlas bukan terpaksa” jelasnya yang diminta memberikan komen mengenai tajaan Sirah Junjungan yang ditolak Tabung Haji sebelum ini.
Dalam pada itu beliau berkata, sebahagian daripada hasil jualan tiket selama tiga hari bagi menyaksikan teater tersebut akan disalurkan ke dalam Tabung Mangsa Banjir di beberapa buah negeri yang terlibat.
Manakala katanya, untuk persembahan terakhir iaitu pada 7 Januari pula, kesemua hasil kutipan jualan tiket akan dimasukkan ke Tabung Mangsa Banjir berkenaan tanpa ada seorang pelakonpun akan mendapat bayaran untuk persembahan pada malam itu.
“Perkara itu telah dipersetujui oleh semua dan ia merupakan salah satu daripada usaha bagi membantu meringankan beban mereka yang terlibat dengan bencana banjir,” ujarnya yang ditemani barisan penyanyi dan pelakon yang terlibat dalam pementasan Tahajjud Cinta.
Antara artis tempatan yang terlibat dalam pementasan itu adalah Datuk Siti Nurhaliza, Awie dan Amy Search.
Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan teater itu boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM53, RM103, RM153, RM203, RM253 dan RM403 yang kini masih lagi dijual.
Pembelian juga boleh dibuat melalui www.airasia.redtix.com

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top