Sunday 25 January 2015

Saya Anti Promosi Anak Dan Suami Di Laman Sosial!!

Posted by Unknown  |  at  18:24 No comments


liyana jasmay anti promosi anak dan suami di laman sosial
Pelakon Liyana Jasmay akui tidak gemar dan anti untuk mendedahkan secara meluas gambar-gambar anak dan suami di laman sosial terutama di Instagram.
Bagi dirinya ia tidak perlu, kehidupan anak dan suami adalah hak dirinya dan amat tidak wajar terlalu obses untuk berkongsi kepada umum.
“Anak dan suami adalah harta saya yang paling bernilai, ia adalah hak peribadi serta privasi saya yang tidak wajar dikongsikan.
“Saya ini kadangkala mudah terkecil hati apabila segelintir pihak yang memberi komen yang tidak sewajarnya kepada anak atau pun suami, untuk elakkan ianya berlaku saya nekad memang tidak ada Instagram untuk mereka berdua,” ujar Liyana.
Liyana Jasmay yang ditemui parta wartawan baru-baru ini, di Majlis Sidang Media Tayangan Amal Filem Isyarat Cinta di ibu negara turut menjelaskan tidak gemar membawa anak mahupun suami di majlis-majlis hiburan.
“Saya memang tak akan bawa mereka, jika perlu baru saya terlintas untuk mereka turut serta. Bagi saya dunia hiburan adalah kerjaya saya, manakala suami saya ada tugas lain yang perlu dia buat.
“Lagipun suami saya pergi kerja, dia pun tak bawa saya ke pejabatnya, begitu juga dengan saya jadi masing-masing ada tugas yang perlu diselesaikan tanpa mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga,” seloroh Liyana dengan senyuman.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top