Thursday, 15 January 2015

Pelakon Ini Dituduh Curi Kereta, Bernikah Dengan Dua Wanita

Posted by Unknown  |  at  07:15 No comments




"Sebenarnya saya dipanggil pihak polis atas tuduhan mencuri kereta isteri saya selepas dia sendiri membuat laporan.

"Saya tak mencuri kerana itu kereta saya. Walaupun kereta itu atas nama isteri saya tapi saya yang membayarnya serta penjamin ke atas kereta tersebut. Jadi saya ada hak.

"Selepas dituduh mencuri kereta, sarjan dari balai polis itu ada memberitahu yang isteri saya mendakwa saya sebenarnya sudah berkahwin lain pula. Berkahwin dengan dua wanita di Perlis.

"Saya terkejut dan dalam masa yang sama rasa kelakar pun ada bila dengar cerita itu kerana ianya sama sekali tak benar. Saya ke Perlis untuk balik melawat orang tua saya sahaja," katanya.

Ezany diminta mengulas selepas dia memuat naik status di laman sosial Facebook mengenai dakwaan isterinya itu kelmarin.

Ezany bagaimanapun kesal dengan sikap isterinya itu kerana tidak henti mahu mengaibkannya sejak mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

"Saya rasa dia sengaja reka cerita supaya boleh aibkan saya. Dia memang tidak akan berhenti hendak aibkan saya sehingga cerita sebegini keluar. Saya pun tak faham mengapa.

"Malah saya pun tak tahu bagaimana hendak selesaikan masalah kami kerana sehingga kini dia masih belum pulang apatah lagi hadir ke mahkamah untuk proses perbicaraan perceraian kami.

"Terus- terang saya sudah tiada hati untuk bersamanya sebagai suami isteri lagi. Cuma saya mahu dia hadir ke mahkamah untuk selesaikan proses mahkamah sebelum kami bercerai ," luahnya

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top