Wednesday, 7 January 2015

Panas!! Tak Sampai 24 Jam Membuli, Sudah Kena Tangkap Polis

Posted by Unknown  |  at  08:02 No comments

Kurang 24 jam selepas kejadian buli membabitkan seorang wanita di Jalan Subang Jaya USJ – Shah Alam, individu ‘samseng’ tersebut akhirnya ditahan pihak berkuasa.
Melalui status di laman sosial ‘Friends of BN – Barisan Nasional’ yang berkongsi foto-foto lelaki tersebut menganggu dan merosakkan kenderaan milik mangsa, pengendali juga sempat membuat ucapan tahniah kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana cekap dalam mengendali kes tersebut.
Melalui muat naik status berkenaan, majoriti pengguna memuji tindakan cekap dan pantas dari pihak PDRM.
Mengimbas kembali kejadian, pada Isnin lalu, mangsa, Alisia Thean memaparkan gambar-gambar si pembuli tersebut di laman Facebooknya lantas ia menjadi viral.
Menurut cerita yang disampaikan mangsa, lelaki tersebut telah bertindak merosakkan ‘wiper’ keretanya dan meludah ke tingkap, hanya kerana dia membunyikan hon beberapa kali terhadap individu itu.
“Bertemu dengan pembuli jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini. Dia mengetuk tingkap saya, bertanya kepada saya apa yang saya mahu, meludah di cermin, merosakkan ‘wiper’ dan melipat cermin sisi kereta saya,” terang mangsa.
Menurutnya lagi, tindakan membunyikan hon beberapa kali terhadap lelaki itu adalah kerana cara pemanduannya yang sering menukar laluan.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top