Sunday, 11 January 2015

Panas!! KJ Sindir Gadis Peminat K-Pop!

Posted by Unknown  |  at  09:12 No comments

kj-bintang-k-pop-bukan-lelaki-sejati
















Khairy Jamaluddin yang merupakan Menteri Belia dan Sukan telah menyindir gadis-gadis yang meminati bintang K-Pop di laman Twitternya. Beliau telah menasihati gadis muda Malaysia untuk mencari lelaki yang tinggi, berkulit hitam manis dan tampan dan bukannya kurus, berkulit putih dan kelihatan seperti wanita.
Ini adalah berdasarkan susulan video di laman Facebook Sukan Star TV yang bertajuk '' Perempuan Melayu dicabul oleh Mat K-Pop semalam''. Video selama 3.21 minit itu menunjukkan anggota kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, B1A4 memeluk dan mencium beberapa gadis melayu yang bertudung di satu persembahan di KL Live Center, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 Januari 2015.

 

Video tersebut telah viral dan menerima kecaman yang kuat dari pengguna media sosial di Malaysia. Di laman Twitter, 'hashtag'  #menentangkejahatankpop menunjukkan pelbagai pendapat terhadap video tersebut.
Di laman Facebook juga, terhadap ramai yang memberi pendapat mereka.  Laksamana Sunan Gadis telah menulis bahawa ini menunjukkan bagaimana gadis Melayu beraksi "murah" dengan rakyat asing tetapi menyimpan harapan yang besar terhadap lelaki melayu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top