Thursday 22 January 2015

Kanak-kanak Dua Tahun Mati Tertembak Diri Sendiri

Posted by Unknown  |  at  23:24 No comments

Gambar Hiasan



FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak lelaki terbunuh selepas tertembak diri sendiri dengan pistol milik bapanya di sini semalam.

Kaleb Ahles, 2, dipercayai tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol yang dijumpainya di dalam kereta bapanya.

Polis berkata, pistol terbabit diletakan di dalam sebuah kotak di dalam kereta bapanya, Kevin Ahles.

"Kanak-kanak tersebut bermain dengan pistol berkenaan dan kemudiannya tertembak di bahagian dadanya.

Ibunya, Christina Nigro dan ibu saudaranya cuba untuk memberi bantuan pernafasan sementara ahli keluarganya yang lain cuba mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, kanak-kanak malang terbabit disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Memetik laporan DailyMail, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5 petang semasa ibu-bapa Kaleb sedang berpindah dari rumahnya di Misty Hollow Lane.

Pihak polis sedang menjalankan siasatan dan akan memanggil kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk diambil keterangan.

Kaleb Ahles tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol bapanya.
Kaleb Ahles tertembak diri sendiri ketika bermain dengan pistol bapanya

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top