Sunday, 11 January 2015

Hubungan Alyah & Ramli MS Masih Baik?

Posted by Unknown  |  at  09:04 No comments



Setelah memuat naik gambar di instagram milik penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa, Alyah yang kecewa dengan sikap suami yang dikatakan main kayu tiga.
Lantas berpusu-pusu pihak media menghubungi Alyah untuk meminta komen dan penjelasan apa yang berlaku antara dia dan suaminya Dato’ Ramli MS.
Alyah telah membuat kenyataan, kononnya wanita yang bergambar di sebelah suaminya itu dikenali sebagai Siti Hafilah Che Kar yang dikatakan berjaya merampas kebahagiaan darinya.
Dia berasa sangat sedih, kecewa serta redha apa yang telah berlaku pada dirinya. Bagaimanapun selang beberapa jam kemudian, Alyah memuat naik gambar bersama suaminya dan seolah-olah menafikan pula kenyataannya.
 
Apa yang Alyah cuba sampaikan ialah wanita itu bukan isteri Dato Ramli malah bukan juga madunya. Dia hanya menerangkan di kapsyen foto itu ialah wanita berkenaan sering menggangu perhubungannya dari mula berkawan sehingga mereka bernikah.
Jadi, siapakah wanita itu? Persoalan itu kembali timbul apa yang Alyah cuba buktikan? Adakah dia benar-benar bahagia?
Atau rumahtangganya memang benar-benar goyah hanya mereka berdua dan maha kuasa sahaja yang tahu. Media menjalankan tugas mereka untuk mengesahkan apa yang berlaku.
Sekiranya benar apa yang Alyah katakan, maka benarlah cerita itu. Sekiranya maklumat yang tidak tepat maka kurang tepatlah informasi tersebut.
Dalam kes ini, tiada siapa benar tiada siapa yang salah. Cuma apa yang boleh disampaikan ialah jangan cuba bermain api kelak nanti memakan diri. Fikir-fikirkanlah sebelum bertindak sebelum ia menjadi parah.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top