Thursday, 15 January 2015

GEMPAR!! Kerananya, 7 Anggota Bomba Dikerah Untuk Misi Menyelamat!

Posted by Unknown  |  at  19:01 No comments




Anggota bomba berjaya menyelamatkan seekor kerbau yang terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter di kawasan perindustrian Kolombong, kira-kira 8 kilometer dari bandar.

Jurucakap  Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Sabah Affendy Ramin berkata sepasukan tujuh anggota bomba telah dihantar untuk menyelamatkan haiwan itu selepas dimaklumkan oleh orang awam kira-kira jam 9 pagi, Khamis.

Menggunakan bongkah kayu, anggota bomba membentuk tanjakan sementara dan berjaya membuatkan haiwan itu naik ke atas semula dalam operasi selama 30 minit.

Apabila berjaya dilepaskan, kerbau yang dilihat selamat dan tidak cedera akibat episodnya di dalam longkang, terus berjalan menuju ke arah kampung berhampiran. - mStar Online

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top