Emma Maembong berkata kepada akhbar Harian Metro dia akan menceritakan segalanya bila tiba masa yang sesuai kelak.
“Minta maaf saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” katanya.
Emma mengesahkan hubungan cintanya dengan Zizan sudah berakhir selepas menjawab gosip mengenai hubungan mereka yang sebenarnya sudah mula retak.
Ura-ura keretakan hubungan mereka mula diperkatakan beberapa minggu lalu, namun pada ketika itu kedua-duanya menyangkal.
0 comments: