Monday, 19 January 2015

Chef Wan Turut Naik Hantu Dengan Qu Puteh?

Posted by Unknown  |  at  02:58 No comments



Sudah menjadi adat dalam budaya kita, tidak kiralahlah positif atau negatif, usai sebarang acara penganugerahan pastinya akan ada suara atau cakap-cakap yang cuba menyuarakan pendapat masing-masing bukan?
Tetapi kali ini agak berbeza. Pada mulanya tahan sahajalah mata menatap satu figura yang sudah seakan tuan empunya sebuah syarikat televisyen yang galak mempromosikan Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung semalam, Ahad tapi dah lama terasa benci pula.Oops!
Tahniah Joe Flizzow dan Sonaone apabila lagu berjudul Apa Khabar muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dan sudah pastinya my all-time favourite, Dayang Nurfaizah menang besar di AJL 29 kan.
Pemenang dah best tetapi ramai peminat AJL menyuarakan rasa jelak dengan penaja utamanya yang mungkin tidak habis sekolah pemasaran gamaknya dan selebriti terkenal iaitu Chef Wan pun merasakan benda yang sama.
Kalau anda nak tengok atau baca apa luahan Chef Wan boleh ke Instagram miliknya tetapi jangan nak komen over nanti anda pula yang kena bambu. Awas!
Panjang lebar Chef Wan ulas dalam erti kata lain protes dengan tindakan stesen TV tersebut yang dilihat tidak mengutamakan langsung keselesaan penonton dan peminat. Kepada syarikat Qu Puteh yang diasaskan oleh Datuk Dr Hasmiza Othman ini, mungkin boleh cari cara lebih mesra dan bukannya seakan terdesak mencari glamor.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top