Saturday 24 January 2015

Benarkah Lisa Surihani Mengandung?

Posted by Unknown  |  at  23:42 No comments



Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap "Malaysian Sweet­heart" sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular itu.

Pihak media yang cuba menghubungi Lisa untuk mendapatkan pengesahan apakah benar berita gembira seperti disampaikan sumber itu.

Bagaimanapun, Lisa enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Bagi menghormati pendirian Lisa, pihak media pun terus tutup buku.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal.

Pesan orang-orang tua sendiri , kalau kandungan masih awal tidak bagus dicanang-canangkan dan mungkin juga Lisa mengikut saranan itu.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang didengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim yang tahu.

Isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai tidak benar apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.


Jika berita  ini tidak benar, pihak media harap Lisa dan Yusry akan menganggapnya sebagai doa dari peminat untuk mereka agar cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top