Menjadi kebiasaaan apabila menjelangnya tahun baru, majoriti rakyat tempatan mempunyai azam yang ingin dilunaskan termasuk para selebriti negara.
Kadang-kala azam itu merupakan pengukur kepada kejayaan yang ingin dikecapi dan sentiasa berusaha keras agar azam itu tercapai.
Berikut antara selebriti tempatan yang berkongsi azam tahun baru 2015.
Aaron Aziz
“Kita dah lihat banyak musibah yang berlau buat negara pelbagai tragedi yang menyayat hati, cuma apa yang saya harapkan untuk 2015, semoga family saya dan seluruhnya sihat and happy together, saya tak minta yang lebih, saya bersyukur apa yang ada.”
Ahmad Idham
“Target saya amat besar juga untuk tahun 2015, saya baru set up akademi filem jadi saya akan lebih fokus kepada akademi daripada pembikinan filem. Saya buka pertengahan tahun 2014, diharapkan 2015 akademi saya itu berjaya dan mencapai sasaran KPI saya.”
Izzue Islam
“Dalam tahun 2014 banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi, bagaimanapun banyak kejayaan dan kenangan manis yang dicapai. Jadi untuk tahun 2015, saya berdoa agar semuanya akan lebih dipermudahkan dalam keluarga dan kerjaya, soal anak? Berserah kepada Allah..”
Fazli Zainal
"Tahun 2015 ini saya cuba untuk tunaikan azam tahun tahun terdahulu yang masih tertangguh. Selain itu saya rasa saya ingin mencari jodoh kerana terlalu ramai yang bertanyakan bila akan berkahwin. Jadi tahun ini mudah-mudahan jodoh saya sampai.
About the Author
0 comments: