Tuesday 6 January 2015

Aaron Aziz Gugup Mengarah Romeo Kota

Posted by Unknown  |  at  02:01 No comments




Pertama kali bergelar pengarah filem, Aaron Aziz akui masih lagi kekok dan ilmunya dalam karier itu masih lagi di tahap yang rendah.
Cabaran itu digalas dengan sepenuhnya oleh hasil kepercayaan penerbit filem Ahmad Idham yang mahukan Aaron menjadi universal dalam industri.
“Jadi pengarah ini memang susah, ditambah lagi dengan diri saya sendiri berlakon dalam filem ini, tekanan tu memang tinggi tapi saya tak boleh cepat putus asa.
“Saya mengarah mengikut kreativiti serta kemampuan logik akal terutama dalam aksi ‘stunt’, berlawan dengan penjahat dan plot cerita agar tidak meleret,” ujar Aaron.
Aaron yang ditemui pada majlis sidang media tayangan perdana filem Romeo Kota di Mutiara Damansara baru-baru ini, turut menjelaskan dia tidak akan serik untuk menjadi pengarah filem.
“Impian untuk menjadi pengarah akan tetap diteruskan sekiranya diberi peluang sekali lagi, saya akan cuba memperbaikinya dari satu filem ke satu filem yang lain. Ini semua adalah ilmu, amat tidak wajar untuk disia-siakan,” ujarnya.
Aaron hanya meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada penonton untuk menilai filem arahannya. Segala kritikan akan diambil secara rasional dan tidak akan bertindak di luar kotak.
“Saya harap filem ini diterima oleh semua penonton, komen negatif atau positif akan saya terima. Sokongan yang tidak berbelah bagi oleh para peminat adalah kekuatan saya untuk terus kekal dalam industri ini,”  kata Aaron mengakhiri perbualan

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top