4 Permaisuri Tercantik di Dunia
Sebelum ini admin ada buat posting pasal 8 wanita Islam terkaya di dunia. Jika anda terlepas post tersebut, boleh rujuk link di bawah:8 Wanita Islam Cantik Terkaya di Dunia
Kini admin nak post pasal 4 permaisuri tercantik di dunia. Anda pasti teruja bila lihat item ke-3 dalam list ini!!
Jom kita tengok.
Antara kelebihan yang sering menjadi sebutan bagi seorang wanita
adalah kecantikan dan kekayaan. Mari kita lihat senarai wanita-wanita
ini yang bukan sahaja ternama tetapi juga punya kejelitaan dan harta
yang tak habis dimakan untuk 7 keturunan!1. Rania Al-Abdullah (Jordan)

Pernah disenaraikan di tempat ketiga permaisuri paling cantik di dunia (di belakang Grace Kelly dan Puteri Diana), tak hairanlah isteri kepada Raja Abdullah, pemerintah Jordan ini menjadi pilihan pertama kami untuk disenaraikan. Wanita hebat ini berkahwin dengan Raja Abdullah pada tahun 1993.
2. Lalla Salma ( Maghribi)

Merupakan isteri kepada Raja Maghribi, Raja Mohammed VI, baginda dikenali sebagai seorang permaisuri yang sangat sederhana dan merendah diri biarpun kekayaan suaminya mencecah 2.5 bilion dolar!
3. Sultanah Nur Zahirah (Malaysia)

Antara permaisuri pertama di Malaysia yang tampil berhijab, Sultanah Nur Zahirah bertemu jodoh dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada tahun 1996. Baginda juga pernah ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong berikutan pemasyuran KDYMM Sultan Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong XIII pada 3 November 2006.
4. Jetsun Pema (Bhutan)

Merupakan isteri kepada Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck. Permaisuri muda yang baru berusia 24 tahun ini dikenali kerana citarasa uniknya yang gemar bergaya dengan pakaian tradisional masyarakat Bhutan.
About the Author
0 comments: