Wednesday 31 December 2014

Video Lucah Fazura Tersebar??

Posted by Unknown  |  at  17:51 No comments




Selepas ustaz Azhar Idrus yang tidak terkecuali menjadi mangsa jenayah siber ini, juri tetap Maharaja Lawak Mega 2014, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin ,31 kini turut berdepan dengan situasi yang sama. Bukan kali pertama dilanda berita sebegini, Fazura bertindak lebih bijak dengan menyusun langkah menangani penyebaran video palsu  dibantu sistem perundangan negara melalui peguam peribadinya.
Ketika dihubungi, Fazura yang merupakan penghias kulit majalah ELLE Malaysia edisi Januari 2015 telah menghantarkan kenyataan akhbar rasmi dan buat masa ini aktres jelita itu tidak boleh mengulas lanjut.
“Kenyataan akhbar ini adalah untuk menjelaskan bahawa saya telah menerima panggilan telefon dari seorang rakan wartawan akhbar  Harian Metro bahawa seorang penghantar email yang menggunakan alamat email berikut xxxxxxxxx@yahoo.com ingin menyebarkan sedutan video lucah dan cuba mengaitkan video itu dengan saya.
“Saya tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah dan dengan yang demikian saya telah membuat satu laporan polis pada minggu lalu untuk membolehkan pihak polis dan SKMM membuat siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat terperinci tentang penghantar email tersebut.
“Saya telah pun mendapatkan nasihat daripada peguam saya dan akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap penghantar email tersebut diatas perbuatannya itu,”tutur Fazura yang dihubungi untuk mendapatkan info terkini mengenai perkara ini.
Video berdurasi seminit itu dihantar oleh seorang individu tanpa identiti sah kepada wartawan Harian Metro pada 23 Disember lalu. Khabarnya video tersebut memaparkan aksi wanita yang wajahnya dikatakan mirip Fazura bersama seorang lelaki.
Ketika awal kemunculannya dahulu pun dia pernah dikaitkan memiliki video lucah dan perkara tersebut akhirnya dilupakan begitu sahaja. Kini isu sensitif seperti ini kembali muncul ketika selebriti pujaan ramai ini giat membina semula kariernya dengan pelbagai kejayaan yang diraih Fazura.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top