Suamiku Encik Sotong Episod 8
Farish
terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah
Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak
Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva
berlagak itu, tiga tahun sahaja.
Suamiku Encik Sotong mengisahkan pasangan suami isteri yang berlainan sikap dan gaya.
Suami lebih kepada jiwa kelembutan manakala si isteri agak rock sedikit
jiwanya. Erica Soffea melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal
peneraju Khaleeda Holding.
Walaupun
hubungannya dengan arwah nenda bukanlah baik sangat pun. Terasa macam
hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik
senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong
peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink.
Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak
yong.
0 comments: