Wednesday, 17 December 2014

Seorang maut, 9 cedera termasuk warga Malaysia, belon udara panas terhempas di Turki

Posted by Unknown  |  at  06:59 No comments

Seorang maut, 9 cedera termasuk warga Malaysia, belon udara panas terhempas di Turki



Seorang pelancong China terbunuh dan sembilan yang lain cedera apabila belon udara panas dinaikinya terhempas di sebuah pusat peranginan popular di Cappadocia, Turki, hari ini.

Laman web CNN Turki melaporkan warga China dan lima rakyat Malaysia antara yang berada di dalam belon udara panas itu.

Sebelum kejadian, belon membawa pelancong itu dikatakan berlanggar dengan belon lain, sebelum hilang arah dan ditiup angin kemudian jatuh terhempas ke tanah biarpun ia cuba mendarat.

Cappadocia terletak di tengah-tengah Turki, terkenal dengan ciri geologi yang dipanggil struktur batu-batu tajam dan menaiki belon udara panas adalah antara aktiviti popular di situ.

Bagaimanapun, di pusat peranginan itu, kemalangan maut tidak kerap berlaku.
Pada Mei tahun lalu, media tempatan melaporkan tiga rakyat Brazil meninggal dunia apabila dua belon dinaiki bertembung sesama sendiri.

Sementara itu, seorang pelancong British turut dilaporkan meninggal dunia dalam kemalangan pada 2009. -REUTERS.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top