Thursday, 25 December 2014

Sara Ali Dan Fazura Bergaduh??

Posted by Unknown  |  at  02:12 No comments




Persahabatan yang akrab diantara aktres popular Fazura dan teman rapatnya yang juga pelakon iaitu Sara Ali menjadi perbualan apabila keduanya tidak lagi dilihat akrab seperti satu ketika dahulu. Banyak spekulasi mengenai jalinan persahabatan ini yang kitakan telah berakhir dengan perselisihan faham.
Menerusi episod kedua rancangan realiti Facing Up To Fazura(FUTF), persoalan ini hampir terjawab namun atas sebab yang kurang diketahui, ia masih belum dapat menjelaskan status sebenar dan apa yang telah terjadi diantara kedua sahabat baik ini.
Fazura yang cuba dihubungi untuk bertanyakan hal itersebut kini berada di luar negara dan telah diwakili pengurusnya bagi menjawab persoalan mengapa isu tentang dirinya dan Sara Ali seakan tidak selesai dan apakah benar mereka kini tidak lagi bersahabat.
“Tujuan sebenar episod kedua memang khas untuk menjawab serta memulihkan hubungan kedua pelakon ini tetapi disaat akhir mereka membatalkan membuatkan pihak Fazura dan FUTF terpaksa menyiarkan juga beberapa babak yang melibatkan perbualan mengenai Sara Ali dan ia jelas menampakkan Fazura berada di pihak benar.
“Namun diharapkan penonton tidak menganggap episod kedua itu berat sebelah kerana ia sebenarnya disebabkan kekangan masa dan faktor lain. Keputusan dibuat dengan bijak kerana ia melibatkan produksi keseluruhan rancangan tersebut dan pihak produksi sudah berusaha melibatkannya supaya tidak timbul isu seperti ini,”tambahnya lagi.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top