Wednesday, 24 December 2014

Peminat MLM 2014 Bengang Dengan Komen Fazura !!

Posted by Unknown  |  at  17:27 No comments



Sejak pelakon jelita Fazura mengambil alih takhta juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), banyak email, sms dan whatsapp dari peminat setia MLM yang geram dengan komen yang dibuat oleh Fazura.
Manakan tidak, Fazura masih tercari-cari bait-bait ayat yang sesuai untuk memberi komen tetapi tidak menampakkan hasil.
Ada peserta yang membuat persembahan bagus, Fazura beri komen yang agak negatif. Ada persembahan peserta yang tak berapa baik, Fazura beri komen yang membina pula, senang cerita macam pilih kasih.
Selaku juri kena berhati-hati membuat komen, almaklumlah penonton MLM tu berjuta orang, dah ramai yang mengikutinya sejak mula-mula diperkenalkan.
Nak jadi pengkritik kena tengok persembahan peserta pada musim yang lalu, baru ada idea nak kritik untuk musim ini.
Sebagai contoh Taufik Batishah, pada mulanya ramai yang agak ragu-ragu dengan komennya, tetapi akhirnya dia menjalankan tugas juri dengan baik.
Sebagai makhluk tuhan memang kita susah nak puaskan hati orang, tetapi kekadang ada hikmah disebaliknya untuk mengubahkan sifat kita kepada yang lebih baik.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top