Thursday 18 December 2014

Pelakon Lelaki Ini Elak Adegan Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita

Posted by Unknown  |  at  02:48 No comments

Pelakon Lelaki Ini Elak Adegan Bersentuhan Dengan Pelakon Wanita



Jarang kita dengar permintaan pelakon macam ini. Tetapi, inilah yang dilakukan oleh seorang selebriti tanah air yang lebih dikenali sebagai pelakon iaitu Izzue Islam. Dia masih berpegang pada prinsip cuba tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita di set penggambaran terutama babak romantik.
Bagi dirinya, banyak cara lain untuk melihat sesuatu plot itu kelihatan mesra dan romantik selain daripada bersentuhan atau berpeluk.
“Walaupun bunyinya macam janggal tapi bagi saya ada sebabnya, jangan salah faham sebab setiap pelakon ada cara masing-masing untuk mengekalkan karektor.
“Sebagai memegang status sebagai seorang suami, menjaga aib pelakon wanita yang bujang adalah tanggungjawab saya, jadi tak perlu diperbesarkan isu ini,”
Menurutnya, prinsip yang dia pegang ini hasil perbincangan dengan pengurusnya iaitu Awin dan majoriti produksi yang memberi tawaran berlakon tidak merasakan ia adalah masalah besar.
“Krew produksi pun okay, tidaklah merasakan kalau tiada adegan berpeluk itu memberikan masalah kepada mereka untuk ‘shoot’.
“Mereka semua ‘happy’ dan banyak perkara lain yang perlu ditekankan semasa sesi penggambaran terutama dari segi kamera, skrip dan tumpuan kepada watak yang ingin dilakonkan,’ ujar Izzue.
Mengenai Telefilem Oh My English: Villa Isabellaaa Izzue masih memegang watak sebagai Aiman dan kali ini terdapat elemen seram dan komedi.
Barisan pelakon yang membintangi ialah Emelda Rosemila, Sherry Al Hadad, Nadiya Nissa, Akhmal Nazri, Zack, Mazlee, Zain Saidin, Rahim Jalur, Sara Ali dan Atu (Zero).
Menemui penonton pada 27 Disember ini dan disiarkan secara serentak jam 9 malam di Astro TVIQ (610) dan Astro Maya HD (135).



Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top