Sunday 28 December 2014

Pandang Bawah Jika Anda Berani! Itulah Pesanan Setiap Kali Orang Melalui Jalan Ini

Posted by Unknown  |  at  08:53 No comments


Jangan lihat bawah di laluan jalan ini sekiranya anda mudah pengsan atau takut akan ketinggian.

Sungguh menggetarkan jiwa apabila mengetahui kita berada di ketinggian lebih dari 1,000 kaki. Tapi inilah yang menjadi daya tarikan bagi tempat-tempat pelancongan ini. Mungkin juga anda akan bertukar fikiran dan mahu melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup.

Zhangjiajie, China
Skywalk ini terletak di Tianmen Mountain di Zhangjiajie, China. Ia berada di ketinggian 4,700 kaki di atas aras laut. Jambatan di tepi gunung itu sepanjang 200 kaki.

a1a
a1


Hunan Province, China
Hunan Province memiliki puncak tertinggi sekitar 5,000 kaki di atas aras laut dan menjadi tempat untuk spesies tumbuhan yang sangat jarang untuk ditemui. Ia dihubungkan dengan kereta kabel sepanjang 4 batu dan dikatakan terpanjang di dunia untuk jenisnya.
a1ca1b


Grand Canyon, Amerika Syarikat
Grand Canyon Skywalk yang memiliki transparent glass floor menjadi destinasi yang menarik buat pelancong yang mengunjungi Grand Canyon West Rim yang dibuka sejak 2007. Ia merupakan tempat kedua glass floor dalam senarai tertinggi di dunia. Strukturnya direka seperti tapak kaki kuda yang mengunjur ke tengah dari hujung tebing pergunungan. Tambah menarik apabila ia mendapat kerjasama dengan suku Hualapai Indian bagi membangunkan dan mengimbangi tradisi Grand Canyon untuk pelancongan.
Grand Canyon Skywalk 2a7aa7b


Busan Skywalk, Korea
Ini adalah tarikan terbaru buat pelancong di Busan, Korea. Skywalk ini dibina setinggi 40 meter dari aras laut. Ia terletak di akhir pantai berbatu yang dikenali sebagai Igidae.
Skywalk 3
Skywalk 2


Sunwapta Valley, Kanada
Tempat ini dinamakan Glacier Skywalk. Ia terletak di paras 280 meter atas Sunwapta Valley di Taman Negara Jasper. Ia baru dibuka pada tahun 2014.
Columbia Icefields
Glacier Skywalk.jpg
skywalk2

Menarik kan? Rasa sayang pula jika dah jejak tapi tak pandang bawah. Hehe. Bagi kaki travel, masukkan tempat-tempat ini di dalam senarai pelancongan anda!

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top