Wednesday, 17 December 2014

Pakistan berkabung 141 maut serangan Taliban di sekolah tentera

Posted by Unknown  |  at  06:41 No comments

Pakistan berkabung 141 maut serangan Taliban di sekolah tentera 



Pakistan berkabung selama tiga hari selepas 132 kanak-kanak dan sembilan petugas sekolah milik tentera Pakistan diserang pemisah Taliban yang dianggap serangan paling berdarah di negara itu.
Seramai 141 orang maut apabila pemisah Taliban menyerbu masuk sekolah di barat laut bandar Peshawar itu semalam dan pergi dari bilik ke bilik bertindak menembak kanak-kanak ketika drama serangan selama lapan jam.

Serangan yang didakwa dilakukan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) sebagai membalas dendam terhadap serangan pihak tentera ke atas pemisah sebelum ini, dikutuk masyarakat dunia dan menyebabkan kerajaan Pakistan dan tentera untuk mengulangi kesungguhan mereka menumpaskan kumpulan yang sudah membunuh beribu-ribu orang sejak kemunculan pada 2007.

Seorang remaja yang terselamat, Shahrukh Khan menyorok di bawah meja dengan rakan sekelas apabila empat lelaki bersenjata menyerbu masuk bilik mereka berkata, dia berpura-pura mati selepas terkena tembakan di kaki sambil memasukkan tali leher ke dalam mulutnya bagi mengelak daripada menjerit.

"Saya nampak sepasang but besar warna hitam berjalan ke arah saya, lelaki ini mungkin mencari pelajar yang bersembunyi di bawah bangku," katanya ketika dirawat di Hospital Lady Reading.
"Lelaki memakai but besar itu terus mencari pelajar dan menembak ke arah badan mereka. Saya baring dan tidak bergerak sambil menutup mata, menunggu untuk ditembak lagi," katanya.

"Badan saya menggigil, saya hampir mati dan saya tidak akan lupakan but hitam menghampiri saya. Saya rasa seperti mati sedang mendekati saya," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengumumkan tiga hari berkabung negara dan menyifatkan serangan itu sebagai "tragedi negara yang dilakukan oleh orang yang buas".
"Mereka adalah kanak-kanak. Ini adalah kehilangan bagi saya dan kehilangan untuk negara," kata Sharif. - AFP

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top