Thursday, 25 December 2014

Najib, Obama bincang isu ASEAN sambil main golf di Hawaii

Posted by Unknown  |  at  02:37 No comments





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan cuti di Hawaii dengan mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mereka mengadakan perbincangan mengenai ASEAN sambil bermain golf di pengkalan armada laut, Kanehoe Bay pada Rabu, lapor portal The Washington Post.

Obama lazimnya tidak mencampurkan urusan rasmi dengan acara santai di padang golf, namun beliau menghabiskan masa bersama teman-teman lama dan wakil Rumah Putih, sesi golf Obama disertai Najib.

Jurucakap Rumah Putih memberitahu, Najib bersama Joe Paulsen dan Mike Brush bermain golf di pangkalan armada laut di Kanehoe Bay.

Ini bukan kali pertama Obama mengajak pemimpin dunia bermain golf bersamanya. Tahun lalu di Hawaii, beliau bermain bersama Perdana Menteri New Zealand John Key.

Dalam sesi pertemuan Obama dengan Najib, pemimpin nombor satu AS itu berkemungkinan turut membincangkan tentang jalinan hubungan yang lebih baik dengan Najib selepas lawatannya ke Malaysia beberapa bulan lalu.

sumber: astro awani

admin: orang tengah sibuk banjir, dia bole main golf. thorbaek....

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top